Pernah dengar perkataan tumpi ke? UA pun tak pasti ada tak bahasa Malaysia "tumpi". Mungkin ni bahasa dari tempat UA ---> LIMBANG
|
cr: google.image |
Hah. Nampak tak tu? LIMBANG! Siap zoom lagi. Limbang berada dalam Sarawak, tapi adat dan tradisi Limbang adalah berbeza dari bahagian dalam Sarawak yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh ia dipisahkan oleh negara Brunei Darusalam. Jadi bahasa orang di Limbang pun tak sama dengan bahasa Sarawak yang biasa orang kat sini dengar tu.
Okay, berbalik kepada resepi TUMPI tadi, meh UA nak share sikit makanan yang sering dimasak oleh mama UA untuk sarapan atau minum petang. Nampak macam roti canai tapi bukan ye.
|
tumpi mama saya tapi UA yang buat kali ni. Hehe |
Bentuk nya sangat lah tak bulat. Hahahha. Malu UA. Okay, jom tengok bahan-bahan nya:
- Tepung gandum
- Mentega
- Ikan bilis
- Garam
- Air secukupnya
Mudah saja. Campur semua bahan - bahan tadi kecuali air dalam satu bekas. Sebenarnya kalau nak tambah macam - macam lagi pun boleh. Nak tambah serbuk kari ke, daun kari ke, kalau tak mau ikan bilis, letak udang pun boleh, apa-apa saja memgikut selera masing - masing. Kalau nak pedas, tambahlah cili padi ke, cili kering ke, terpulang. Anda adalah chef sendiri :)
|
langkah pertama: campur semua kecuali air |
|
langkah kedua: uli semua nya dengan tangan. |
|
langkah ketiga: selepas uli dah sebati, campur dengan air, sedikit demi sedikit. Jangan banyak sangat, nanti cair. Tapi kalau dah terlebih air, masuk kan la tepung sikit lagi. |
|
Langkah 4: Yeay! Lepas uli bahan dengan air tadi, ini lah hasilnya. Kalau nak tahu adunan tadi menajdi ke tak, bila uli tu, adunan dah tak letak kat jari. So tinggalkan jap adunan ni selama beberapa minit, Bagi rehat dulu. |
|
Agak - agak dah cukup rehat, boleh la ambil sedikit dari adunan tadi untuk dileperkan, ala-ala roti canai. Tabur tepung kat permukaan tempat nak uli tu, supaya adunan tak melekat dengan permukaan. |
|
Hah! Yang ni dah uli dengan cawan. Hahahah. UA cari tak jumpa roller plastik UA. Entah dah buang dah kot, sebab lama juga UA tak buat tumpi ni. |
|
Panaskan kuali dulu. Masukkan minyak sikit je. Bila dah panas tu, boleh lah masukkan tumpi pertama ke dalam kuali. Jangan lupa belek depan belakang atas bawah, sentiasa balik-balik kan ia. Nanti hangus. |
|
Hah! Inilah hasilnya! Bentuk tak cantik lansung. Hahahaha. Tak apa, janji sedap! |
Jadi macam mana? Senang je kan? UA bukan chef nak bagi resepi best- best tapi sekadar berkongsi menu sarapan UA hari ini. Oh! Ingat! Jangan makan banyak sangat, diet jangan lupa. Nanti naik gula dalam darah, sebab kita guna tepung gandum tu, sama seperti nasi. Simple je resepi ni. Malu pula nak share sebab tau ramai lagi yang hebat memasak dari UA. Tapi tak apa. Kita berkongsi, tak salah kan?
Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu, kelemahan UA sendiri.
Ummu Arman Nota
No comments:
Post a Comment