Sunday, 5 April 2015

Membasuh Muka dengan Berus Gigi?

Bunyi sangat pelik kan? Membasuh muka dengan berus gigi. Hmm~~~ Tapi untuk pengetahuan, UA memang membasuh muka menggunakan berus gigi. 
Hihi. Beberapa tahun yang lepas, UA sangat gemar mengikuti blog ini, BubzBeauty. Well, dia seolah-olah beauty guru UA. yeaha! Ada satu video Bubz yang diupload dalam youtube, as i told you ,few years back, dia bagi tips yang agak pelik tapi menarik. Kulit UA sangat teruk zaman tu, zaman study master degree, adui master lah sangat. Salah satu tips yang UA ingat sampai sekarang ialah membasuh muka dengan menggunakan berus gigi. Bukan berus gigi yang baru beli tu, yang tu habislah muka koyak berdarah. Berus gigi yang dah lama pakai, berus pun dah lembut. Gitew~~

UA cuba nak cari semula video tu tapi tak jumpa, tapi UA jumpa video dari seorang lagi beauty guru yang sangat popular di dunia, Michelle Phan. Kalau video tak nampak boleh klik link.
cr: michellephan@yt
Hah! Menarik kan?

Ada satu lagi video yang mungkin orang akan percaya sikit. Ini dari TheDoctors@youtube

cr: thedoctors@yt

Cara UA mungkin sama, mungkin tak sama dengan diorang ni, tapi matlamat adalah sama iaitu --> C.A.N.T.I.K. Hihihi. UA buat macam ni. Ringkas je

Ah malunya! Kulit UA memang tak selicin kulit telur. Disebabkan oleh 'bersahabat baik' dengan jerawat selama lebih sedekad, inilah hasilnya. Macam - macam produk dah UA guna dari NewYorkSK yang mahal tu ke SAFI yang murah, buatan Malaysia. Akhirnya, UA pilih SAFI. Walaupun murah tapi sangat bagus tuk UA. Murah tak bermaksud tak ada kualiti ye. Ingat tu~~

Sebenarnya, ada pelbagai jenis berus muka yang telah dikeluarkan untuk membasuh muka. Dan yang paling popular ialah Clarisonic. Cenggini rupa dier~~

Tapi harga boleh tahan owh~~~~~ Kalau dalam dollar tu bolehlah dalam 150USD jugak lah. Kalau duit Malaysia tu, kira la ye. Kalau anda mampu, bolehlah pilih yang ni. Tapi memandangkan UA tidak merasakan suatu keperluan untuk memilikinya, jadi, okay, off the record. Hihi. Tapi ada juga pilihan yang agak murah, jauh lebih murah dari clarisonic ni, cumanya fungsi itu, agak kurang sedikit. Tapi ia sangat popular di Korea. WOW!

Inilah Pobling Pore Sonic Cleanser dan harganya jauh lebih murah. Banyak IGshop yang jual kat instagram. Dari harga rm30++ sehingga lah rm150++ . UA tak pasti kenapa harga berbeza, mungkin satu ori satu tak ori kot. Bergantung. Oh dan lagi satu! Versi clarisonic kecil. Murah pun murah, boleh rotate pun boleh. iaitu electric toothbrush.

Jadi kesimpulannya, membasuh muka dengan berus bukanlah perkara yang pelik. Malah ia lebih memberikan kebersihan yang tinggi pada pencucian wajah berbanding menggunakan tangan. Hihi. Segalanya bergantung pada diri sendiri dan kenalah pandai jaga kebersihan berus tu. Jangan nak bersihkan muka saja, berus tak dijaga. Tak boleh juga tu. Beringat - ingat juga ye. Ini sekadar perkongsian ringkas dari UA. Yang buruk tu semua dari kelemahan UA dan yang baik itu semua dari Allah.

Ummu Arman Nota



all pics credit to google.images

No comments:

Post a Comment