cr:google.image |
Pagi ahad, seronok~~~ Sebab apa? Sebab masih cuti!!! Tapi esok isnin. Hmm~~ Tak apa, tak ada masalah. Sebab UA tak ada kelas esok. hihihi. Bila ada kelas je kalut nak fikir apa nak buat esok. Padahal benda dok ulang banyak kali juga pun masih macam tak pernah buat. Semua benda seperti benda baru pertama kali.
Lapar. Itu lah perkataan pertama keluar dari mulut. UA terus bangun dari sofa bed menuju ke fridge, mengeluarkan bekas berisi cream crackers Hup Seng dan peanut butter. Makan dua keping je. Orang ada GDM, tak boleh makan lebih dari 2 keping. Dietician yang cakap, bukan UA. Jadi diri makanlah 2 keping. Kenyanglah sikit. Tapi sebelum tu, telan OBIMIN dulu. ~~~~~
inilah OBIMIN :) |
Dietician pesan, jangan bagi kita lapar baru nak makan. Kena makan setiap 2 jam. Jadi UA makan sehari dalam 6 kali. Sarapan, makan berat, lepas 2 jam, makan pula yang ringan macam biskut ni tapi maksimum 2 keping saja ya. Lepas tu lunch makan berat, nasi semangkuk kecil saja, apa-apa jenis ikan/ayam/daging dan sayur. Sayur tu makan banyak lagi bagus. Lepas tu, diselangi dalam 2 jam tu, makan yang ringan lagi tapi berkhasiat tau macam biskut oat tu, buah ke, apa=apa saja yang kita tau dia berkhasiat, dan malam pula makan berat juga, tapi seboleh-bolehnya pada jam 6-7 malam tu. Nanti jam 9, boleh minum susu saja. Nah, ini yang dicadangkan oleh dietician.
contoh hidangan sehari untuk ibu mengandung GDM. Pamphlet ni dietician bagi semasa UA hadir untuk ceramah ibu-ibu mengandung yang diabetes semasa mengandung. |
gambar hiasan saja: google.image |
UA buka internet nak cari resepi masak sotong yang sedap, Sebab dua hari lepas UA masak sotong masak tomato, geram pulak rasa. Orang tu tulis macam sedap bangat, tapi UA ikut sebiji resepi dia, tak jadi lansung. Entah di mana silap, rasa macam nak muntah pulak makan. Jadi hari ni, UA nak goreng dengan serbuk kunyit dulu sotong tu, baru masak dengan apa - apa yang terlintas dalam kepala ni.
Hah~~~ lapar lagi. UA minum nestum plak. Hihihihi. Ni pun bagus tuk kesihatan tau. Sedap?
sarapan tambahan selepas 2 keping biskut |
Mak buyung yang ada GDM sangat WAJIB jaga makan. Semalam kakak ipar datang rumah, dia pun ada GDM sebelum ni, UA tanya dia berapa berat naik semasa mengandungkan Zareef. Dia kata dia naik 5 kg je. Wah!! Sebab jaga diet betul-betul, takut nanti naik pulak gula dalam darah. Sekarang pun UA baru naik 1 kg, bulan 7 dah nak bersalin ni. Hah, bagi yang ada GDM, wajib ada alat ni.
glucometer, untuk memeriksa kandungan gula dalam darah |
Bidan pesan, kalau awal-awal dah tahu ada kencing manis semasa mengandung, better beli alat ni. Kita akan tahu selepas kita minum air gula. Yukkkk tak sedap!!!! Sebab apa? Sebab kalau tak beli, kita akan selalu kena pergi klinik untuk buat pemeriksaan darah sebanyak 4 KALI SEHARI. Sanggup ke??? Jangan risau, harga nya pelbagai. Dari RM70~ sehingga lah RM170~. Terpulang kepada jenama. Range harga macam tu saja. Boleh beli kat farmasi. Tak rugi beli, sebab ia mungkin berguna untuk adik-adik kita pula ke, so boleh kongsi-kongsi. Kalau bab mengandung ni, semua benda kalau boleh nak diturunkan kepada adik beradik. Hahaha. Semalam juga kakak ipar bagi barut tuk baby dan breast pad. Alhamdullillah, tak perlulah UA nak beli dah. Dia kata cukup dah 8 helai barut ni. Nanti adik yang lain pregnant pula, turunkan pula pada diorang. Hahaha.
Barut dan dispo breast pad |
Yang breast pad tu, kakak ipar bagi dua. Satu yang boleh cuci, Satu lagi yang dalam kotak tu, disposable. Ia memang termasuk dalam senarai barang yang UA nak beli, panjang listnya.
Hah, lagi satu. Amat penting minum air kosong tau. Sehari sekurang-kurangnya UA akan minum 2 liter air. Seperti wajib dah. Kalau tak minum, badan akan berasa lemah dan berat. Betul ni. UA biasa minum air minuman, air yang harga RM1 tuk 1.5 liter tu. 500 mL lagi UA akan minum awal pagi kat rumah. Biasa 1.5 liter wajib habis semasa di office. Balik rumah boleh tambah air lagi, tapi jangan lah banyak dah. Sebab dah malam, nanti asyik kerap pergi toilet masa nak tidur tu. Siang pergi toilet selalu tak pe, lebih - lebih lagi semasa mengandung, memang tertekan pada pundi kencing lah.
Jadi, itu saja perkongsian UA. Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
cr: google.image |
Jadi, itu saja perkongsian UA. Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Ummu Arman Nota
No comments:
Post a Comment