Thursday, 2 April 2015

Matematik dan Perkembangan Otak Bayi dalam Kandungan

Jam 6.40 petang, hujan dah mula surut. Betul ke istilah 'surut' tu? Mungkin istilah 'reda' lebih sesuai. Hah. Teringat semasa UPSR kertas Bahasa Melayu Pemahaman, dulu - dulu, ada soalan tatabahasa yang meminta kita untuk mengisi tempat kosong. Lebih kurang macam ni lah keadaan nya. Kalau cikgu Fatimah tahu, mesti dia marah UA. hahaha. Minta ampun, cikgu. 


Tapi UA pun sekarang cikgu juga, cuma bezanya students UA lepasan SPM. Baru pagi tadi UA ada kelas Fizik 2 jam. Wah! Wah! Wah! Betapa sayang dan cintanya UA pada subjek Fizik. 

Tak dapat A pun semasa SPM tapi minat tu, sama seperti UA gila makan ayam masak kari, masakan sendiri saja. Ayam masak kari sedap! Fizik pun sedap! Tapi malam ni tiada perancangan untuk memasak ayam kari. 


Hubungkait di antara Nombor Dengan Wanita Hamil.

Orang kata, semasa mengandung ni, adalah bagus menjawab soalan Mathematics banyak - banyak. Sebab apa, ia akan mempengaruhi perkembangan otak bayi kita. Di awal kehamilan sehinggalah sekarang, UA memang sangat suka dengan soalan kira-kira terutama dalam subjek Fizik. Sehinggakan ada suatu ketika, UA bangun dari tidur, berombak kencang dada UA nak menjawab soalan pengiraan Fizik. Tak sabar nak pergi kolej, nak buka buku, jawab soalan Fizik dan Math.  Jadi maksudnya baby UA lahir nanti genius lah kan?



Namun, tiada satu pun kajian Sains yang menunjukkan bahawa menjawab soalan pengiraan semasa mengandung boleh memberi kesan positif kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan. Mungkinkah cakap-cakap orang tu mitos saja?



Menurut maklumat yang diambil dari sumber: Building Your Baby's Brain: A Parent's Guide to the First Five Years oleh Diane Trister Dodge dan Cate Heroman, terdapat 4 cara yang boleh dilakukan bakal ibu untuk membantu perkembangan kesihatan otak bayi dalam kandungan:
  • Makan makanan yang baik seperti sayur hijau, buah-buahan, susu
  • Melakukan senaman harian seperti berjalan
  • Membuat pemeriksaan berkala dengan pihak kesihatan (pengambilan vitamin)
  • Meminta bantuan sekiranya bakal ibu mengalami tekanan kerana bayi dalam kandungan perlukan persekitaran yang aman
Tambahnya lagi, tiga perkara yang TIDAK sepatutnya dilakukan semasa mengandung kerana ia akan menyebabkan kerosakan pada otak bayi:
  • Meminum alkohol
  • Merokok
  • Mengambil dadah seperti marijuana atau kokain
Hmm. Tidak pula disebut menjawab soalan kira-kira boleh mengembangkan otak bayi dalam kandungan. Salahkah maklumat ini? Mari kita cari lagi.

Adi Putra, nama kanak-kanak pintar yang lahir di Malaysia sehingga menjadi rujukan para guru di institusi tinggi dalam Matematik. Wah! Hebat! Bagaimana ini berlaku? Semasa dalam kandungan, ibu nya sering mengamalkan tiga surah berulang kali iaitu Surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman. Amalan para bakal ibu semasa mengandung dengan membaca Al-Quran adalah yang terbaik dalam mendidik otak bayi dalam kandungan. Semasa UA buat medical check-up di sebuah pakar klinik O&G dulu, doktor pakar tersebut memberi satu nasihat yang sangat bermakna buat UA, first time parent. Katanya, "bila dah maklum mengandung ni, bacalah Al-Quran setiap hari sampai khatam. Baca ulang kali lagi bagus. Sangat baik untuk baby" Wah! Bagus doktor ni, doktor Kamal namanya. Beliau merupakan seorang pakar O&G, sangat baik dan sentiasa memberi nasihat yang berguna.

Hah! Jadi tips di atas juga mempengaruhi minda perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan lagi. Ada lagi tak info?

Ada!

Menurut Dr Stephen Carr Leon, sumber di sini, dalam blog bertajuk: WHY ARE JEWS SO SMART? beliau memberitahu bahawa perkara pertama yang dikesan beliau terhadap wanita yahudi semasa mengandung ialah mereka sering menyanyi dan bermain piano, juga sentiasa berusaha menyelesaikan masalah soalan matematik bersama suami. Malah beliau juga mendapati bahawa si ibu akan sentiasa membawa buku matematik untuk diselesaikan semata-mata untuk meransang sel otak bayi dalam kandungan. Menarik! 

UA memang sangat suka kira-kira, tapi memandangkan UA dan suami PJJ sekarang, di antara dua negara dua benua, UA saja lah yang jawab soalan kira-kira ni. 

Banyak nya maklumat!!! Entah berapa lama UA menaip, mencari maklumat, panjang sungguh. Jadi kesimpulannya, buatlah matematik ke fizik ke semasa mengandung, walaupun Sains tak cakap, tapi paling penting amalan surah-surah buat ibu mengandung, in sya Allah, baik untuk anak kita kelak.

Semua yang ditulis UA adalah hasil dari pembacaan maklumat ringkas dari internet saja. Apa yang baik, semuanya datang dari Allah. Sebarang kesilapan dan kekurangan adalah disebabkan oleh UA sendiri. Sekadar perkongsian.


Ummu Arman Nota




All pics are credited to google.images.



No comments:

Post a Comment