Alhamdullillah. Dah kenyang. Hee~~~~ Gembira. Mulanya nak buat ayam masak sambal. Tapi entah macam mana boleh tertukar jadi asam pedas pulak. Tak apalah. Dah kenyang dah, sedap lagi.
Sekarang ni kandungan UA menghampiri trimester ketiga. Berdebar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga. Risau apa akan berlaku pada masa hadapan. Lebih - lebih lagi UA memang tak tahu macam mana nak jaga budak, apatah lagi baby. Berdebarnya. Selain berdebar menanti si kecil ni, UA berdebar dengan satu perkara lagi. STRETCH MARK!!!
UA tengok - tengok dalam cermin. Oh tidak! Ada tiga, empat garis berwarna merah telah hadir di perut. TIDAK!!! UA cepat - cepat buka laci kot kot ada minyak ke krim ke yang sesuai. Akhirnya UA ternampak minyak gamat! Apa lagi, UA pun sapu gile-gile. Ah takutnya. UA ada bertanya pada rakan-rakan office mengenai perkara ni. Ada yang mencadangkan bio-oil.
Tengok fungsi nya, ada salah satu yang adalah untuk stretch mark. Kawan - kawan kata berkesan tapi kena sapu kat perut sebelum perut besar lagi. Maksudnya di awal kandungan tu, sapu lah siap - siap. UA nie dah nak masuk trimester ketiga ni, baru bercadang nak beli, tak beli lagi nih! Dulu zaman USM, UA memang guna bio-oil untuk acne scar. Kelakar tak kelakar, acne scar faded tuk pipi kiri je tapi pipi kanan, jerawat keluar dengan dahsyat! Tu yang berbelah bahagi nak beli ke tak bio-oil ni.
Lagi satu, ada yang bagi cadangan yang UA terlebih suka iaitu Virgin Coconut Oil, VCO. Beberapa tahun lepas, dalam 2 tahun kebelakangan, UA memang pengguna VCO memandangkan ia boleh mengawal kolesterol dalam badan. Tapi oleh kerana proses untuk pembelian itu pun menyukarkan UA, jadi terbantut sama.
Yang nie, memang sangat bagus. UA memang suka sangat. UA guna tuk muka, tuk minum, tuk rambut, tuk tapak kaki, pendek kata satu badan UA sapu. Itu dulu bukan sekarang. Mungkin ini adalah pilihan yang lebih baik? Tak perlu pilih banyak sangat kot eh. Oh ada satu lagi. Tapi yang nie bukan untuk stretch mark tetapi lebih kepada terapi untuk si ibu dan bayi nya.
SERI WAJAH: MATERNITY ESSENTIAL OIL dari CVT Prof Hisham
UA dapat gambar ni dari blog CVT iaitu http://colourvibrationtherapy.com/p_maternity.html. Salah satu function yang dinyatakan selain untuk mendapat kesihatan pada ibu dan bayi ialah mengurangkan stretch mark terutama pada kawasan perut. Yang ni UA dah order dah dari rakan office. UA memang menggunakan Sejuta Wajah Full Moon CVT ni, jadi rasanya untuk menggunakan Seri Wajah Maternity pun tak ada masalah.
Tapi mungkin ada di kalangan ibu - ibu yang tak perlu minyak krim bagai ni supaya stretch mark. Macam mana agaknya? Ada beberapa tips yang berjaya UA godek, yang UA pun buat jugak.
- Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Ini air ah, bukan air teh ooohhh tapi air kosong tau.
- Jaga diet. Pastikan berat tidak naik mendadak. Sekarang UA baru naik 1 kg dari berat asal. Wah! Sungguh menjaga makan, itu pun sebab GDM. huhuhuhu. Kena diet betul-betul, sian kat baby kalau tak jaga makan.Tapi mengikut saranan, berat UA kena naik sekurang-kurangnya 5 kg. Tak apa, ada masa lagi sebelum Julai.
- Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kurangkan yang berlemak.
Jadi, kesimpulannya, stretch mark memang akan datang samada cepat atau lambat saja, dan mungkin lansung tak ada. Tahniah lah awal-awal bagi yang berjaya untuk menidakkan kehadiran stretch mark. Tapi bagi yang tidak berjaya, tidak apa. Ia sebenarnya satu simbol yang sangat bermakna. UA kadang kala ternampak stretch mark ibu UA, terasa terharu dan sedih pun ada, sebab itulah perut yang mengandungkan UA dulu. Besarnya jasa seorang ibu, alamak~~~~ rindu kat mama!!!
Yang baik itu semua dari Allah, yang buruk itu adalah dari kelemahan UA sendiri.
Ummu Arman Nota
all pics are cerdited to google.images
No comments:
Post a Comment