Friday, 10 April 2015

Car seat, baju baby dan berdoa


Comel tak???

Color biru lagi. Sesuai untuk baby UA. Papa pun suka warna biru. Terima kasih kawan-kawan. Ini adalah hadiah dari rakan sekerja. Mereka tanya dulu, nak hadiah apa sebagai hadiah perkahwinan. Kak Non tanya UA, nak tak kalau hadiah car seat? Ooohh, UA terus setuju! Maksudnya kurang sedikit lah belanja UA nanti sebelum baby UA lahir. Hehehe. Alhamdulillah. Terima kasih, Allah.

Car seat memang termasuk dalam senarai UA. Kerana apa? Kerana, nanti, bila UA drive pergi kerja, senanglah baby UA nak berehat dalam car seat tu memandangkan UA dan hubby PJJ sekarang. Hubby balik pun setiap 3 bulan. Jadi untuk memudahkan UA memandu kereta nanti, perlu lah ada car seat.

***

UA sekarang tengah survey baju untuk baby. Terfikir juga dalam kepala, saiz baju berapa yang perlu dibeli oleh UA?

Perlu ke UA beli saiz baju untuk New Born?
atau
Perlu ke UA beli saiz baju yang lebih besar sedikit macam saiz untuk 3bulan ke 6 bulan?

Hmm~~ Dilema si ibu. Sebab kalau beli baju untuk New Born, takut baju tu pakai kejap je sebab orang kata baby cepat membesar. Tapi kalau beli baju besar sangat hmm~~ tapi jawapan macam sudah jelas. Sepertinya UA perlu memilih saiz yang lebih besar. Ekonomikal sikit. UA ada survey dalam instashop kot kot ada igshop yang jual baju baby yang comel-comel. UA ada survey satu instagram ni @suriscarfbabykid, baju baby comel sungguh. 



Biasa yang UA dengar, memang perlu pakai banyak duit. Jadi UA perlu lah bijak dalam mengawal kewangan. Jangan risau, Allah ada. Jadi tak perlu takut sebab Allah adalah Pemberi Rezeki. Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu teruskan berdoa, berdoa dan berdoa.
cr:google.image


Yang baik itu semua nya datang dari Allah, dan yang buruk adalah dari kelemahan UA sendiri.


Ummu Arman Nota


No comments:

Post a Comment