Wah! Wah! Wah! Baby UA memang sangat aktif! Sekarang ni dia tengah bergolek ke kiri ke kanan, tendang atas, tendang bawah, sangat aktif. Memang sama macam papa dia. Kekadang perut ni bergoyang macam pokok kena tiup angin kencang, hahahaha. Waktu - waktu macam ni lagi lah dia aktif. Doktor pun dah mula suruh UA untuk catit pergerakan janin dalam carta pergerakan janin tu. Seronok. Terasa sangat bahagia. Wah~~~ Sebenarnya perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata - kata, UA hanya tersenyum setiap kali baby UA menyapa umi.
Okay, seperti tajuk di atas, UA sudah membuat keputusan dalam memilih set berpantang. Sangat lama~~~~~~~~~ fikir. Sebab first baby jadi UA tak ada pengetahuan langsung. UA banyak bertanya pada kawan - kawan tentang set berpantang apa yang menjadi pilihan mereka. Ada yang memilih Shaklee, Nona Roguy, bidan panel pun ada, panel keluarga katanya. Hahaha. Jadi apa pilihan UA?
|
|
|
|
|
|
Set Berpantang Shaklee. Hehehe. UA ikut nasihat kakak ipar UA. Lagipun dia dah bersalin dua kali, jadi, pengalamannnya sangat berharga buat UA. Bila UA tanya mama UA, zaman dulu - dulu katanya makan jamu yang dibuat bidan saja, susah nak telan. Jadi dia nasihatkan tanya kakak ipar, sebab anak kedua dia pun tak sampai setahun lagi umurnya. Hahahha. Masih fresh lagi. Kakak ipar UA kata, ambil set berpantang Shaklee basic pun sudah cukup. Sebab katanya kalau pun baby kuning, kita masih boleh teruskan mengambil supplement Shaklee tanpa ragu - ragu.
Tapi kakak ipar UA pun ada cadangkan untuk menambah sedikit dalam set berpantang tu tapi bukan dari Shaklee. Dia cadangkan ambil Minyak Herbanika, dari produk NR. Sebab dalam set Shaklee tu, tak ada untuk urut-urut badan, kang berangin kang, susah juga. Untuk masalah sembelit, sebab orang selalu kata sukar tuk 'membuang' semasa berpantang tu, UA ambil Phytonatal NR juga.
cr: pics to google.images
Untuk barut/bengkung, UA minta kat mama tuk buat tuk UA. Dan untuk jamu yang berkaitan, mama UA akan minta pada bidan kampung, ala-ala bidan panel gitew~~~
Okay, itu saja perkongsian UA hari ini. Agak lama juga UA tak post apa-apa dalam blog ni kan. Banyak sangat pekara yang membantut penulisan dan pencarian ilham, terutama nya disebabkan oleh laptop yang dah rosak ni. Huhuhuu. Tunggulah, hujung tahun baru beli baru. Sekarang macam tak memerlukan sangat. Oh, entri yang seterusnya UA nak tulis tentang breast pump yang UA pilih. Maka dengan itu, yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Ummu Arman Nota
No comments:
Post a Comment