Wednesday, 8 April 2015

Projek cantik sihat

UA ada projek yang dah sekian lama terbelangkalai untuk diteruskan, atas faktor - faktor kewangan. Sedia maklum UA memang suka mencuba produk baru yang berkaitan kecantikan dan kesihatan. Hah. UA nak senaraikan 'projek' @ barang - barang yang hendak dibeli.

1. Serum Sensual






UA jumpa serum ni dalam instagram @massyhaddy. UA berpendapat testimoni daripada serum ini sangat bagus, lebih - lebih lagi owner sendiri pun guna serum ni. UA teringin nak guna untuk Open Pore dan Scar serum. UA hanya perlu kekuatan diri untuk menghubungi owner kerana UA kalau nak pesan barang online dan melibatkan orang ni, UA memang lambat sikit nak bertindak. Kecuali kalau beli online just click sana click sini, send, pay. Yang tu, bereh blako! Satu kotak ada 10 botol dan harganya dalam RM60~~. Boleh tanya owner untuk tahu lebih lanjut tentang harga.


2. Vitamin C Rosehip (USA) by mimy

Yang ni UA dah consume sejak Februari selama sebulan dan UA stop pas tu. Sebab apa? Tak ada masa nak WhatsApp seller. huhuhu. Malas sungguh~~~ Tapi UA suka betul VitC Rosehip ni. Sebab apa? Sebab ia bermula dari dalam badan untuk satu badan. Kalau serum tadi tu, target kat muka je, yang ni target untuk satu badan. Memang sangat bagus. Mengandung pun tak ada masalah, sebab time UA beli ni, owner pun tengah pregnant waktu tu dan dia masih makan pil ni. Kandungan Vitamin C ialah 1000 mg dan Rosehip pula 500 mg. Harga semasa UA beli, dua botol RM110 termasuk pos.


3. Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee


Hah UA tak yah terang, dah tertulis di situ kebaikannya. Tapi kenapa vita-c ni pun tersenarai dalam produk yang UA ingin beli sedangkan UA dah senaraikan VitcRosehip di atas? Sebab Vita-C ni dikeluarkan dalam badan mengikut masa. Dalam badan manusia, kalau kita ambil vitamin C, ia akan keluar sebagai bahan kumuhan jika ia tidak diserap dengan baik. Jadi dengan vita-c, ia ada time-release. Maksudnya ia akan keluarkan sedikit demi sedikit khasiat vita-c tu supaya dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Jika ambil Vit-C, minum air banyak - banyak na. At least 2 liter sehari. Penting tu. Harga RM92.50 tapi boleh tanya agent shaklee untuk best price. Ramai sekarang, tapi bukan saya.

MINUM AIR!!!

UA rasa itu saja untuk hari ini. Projek cantik sihat, semoga berjalan dengan lancar. UA akan fikirkan samada untuk meneruskan vitcrosehip atau memilih shaklee vita-c. Harga berbeza juga tuh. Nantilah fikir. Baiklah. Yang buruk datang dari kelemahan UA sendiri dan yang baik datangnya dari Allah.


Ummu Arman Nota


cr: all pics are credited to google.images




1 comment:

  1. Shaklee SID hereπŸ™†πŸ™†. Sustained Release Vita-C shaklee sekarang ada promo buy three and get 10% off. Kalau nak usha boleh direct ig @fairyclaus.my atau ws 011-37053516πŸ˜„πŸ˜„

    ReplyDelete