Macam dah lama tak post entry baru. Sebab sekarang ni badan UA penat sangat. Sangat sangat lah penat. Jalan pun dah lebih perlahan dari penguin. Dulu UA pernah mengusik seorang kakak ni, cara jalan macam penguin. Hahhaa. Sekarang sendiri jalan macam penguin.
BSP. Tahu tak apa maksudnya? Kalau ibu mengandung yang ada GDM tu, mesti tau BSP tu apa. BSP (Blood Sugar Profile) ni khas tuk check kandungan gula dalam darah wanita mengandung, sekiranya didapati keputusan selepas meminum air gula, MGTT, adalah melebihi dari 7.8. aha~~~~ UA lah tu!
Jom kita tengok macam mana BSP ni dilakukan. UA buat sendiri kat rumah, sebab kalau pergi klinik buat 4 kali sehari, penat tu nak drive ke sana. Better beli alat tu. Nah!
Jom kita tengok macam mana BSP ni dilakukan. UA buat sendiri kat rumah, sebab kalau pergi klinik buat 4 kali sehari, penat tu nak drive ke sana. Better beli alat tu. Nah!
accu-check |
Ini glucometer UA, jenama Accu-Chek. Harga dalam RM150+, kalau tak silap. Ada yang murah lagi tapi sebab UA tak tahu jenis apa yang perlu beli, jadi UA ambil keputusan untuk membeli yang ini. Kakak ipar UA pula beli jenama OneTouch, pun bagus juga. Ini senarai alat-alat yang ada dalam beg hitam kecil GM.
accu-check + onetouch pen |
Yang pen putih tu, alat yang digunakan untuk mencucuk jari, untuk mendapatkan darah. Asalnya pen jarum UA berwarna hitam tu, yang panjang tu. Tapi disebabkan UA tak refill jarum dalam tu, jadi UA gunakan pen jarum milik kakak ipar jenis OneTouch. Yang ni setiap kali nak cucuk jari, kena isi jarum baru, yang berwarna putih kecil di sebelahnya. Kalau yang pen hitam tu, memang dah tersedia 6 batang jarum di dalamnnya, UA hanya perlu tekan saja. Setiap jarum untuk pen hitam boleh guna untuk 4 kali. Tapi yang OneTouch tu, boleh guna sekali saja.
Alat kat tengah tu ialah mesin yang akan membaca berapa kandungan gula dalam darah kita setelah jari dicucuk. Untuk jenama ni, ia ada memory. Maksudnya kalau UA lupa nak tulis dalam buku merah, UA boleh check result sebelumnya dalam alat tersebut tanpa masalah.
Nampak yang macam strip kecil tu? Hah, yang tu lah tempat nak letak darah selepas dicucuk sebelum dimasukkan ke dalam alat untuk membaca kandungan darah. Ia diisi di dalam botol kecil tu.
BSP ni kena buat 4 kali sehari.
Pertama: Sebelum sarapan, atau lebih senang semasa bangun tidur pagi. Malam sebelum buat BSP mesti 'puasa' bermula dari jam 10 malam sehinggalah nak cucuk jarum pertama pagi tu. Untuk UA, ini result UA berpuasa malam tu.
bacaan pertama sebelum sarapan, berpuasa di malam hari |
Tapi sebelum tu, biar UA tunjuk macam mana cara nak ambil bacaan BSP. Sediakan bahan-bahan dahulu. Hehehe. Macam nak masak. Untuk lebih mudah, masukkan strip tu siap-siap dalam alat GM sebab kalau dah cucuk jari, nanti darah beku cepat kalau baru nak masuk strip dalam alat tu.
alat-alat disediakan |
Lepas dah masukkan dalam alat (tiada dalam gambar), boleh lah bersihkan jari yang hendak dicucuk. Pastu, boleh lah mula.
cucuk jari |
Jangan risau. Tak sakit! Hahahaa. Jadi, kemudian buat apa?
letak darah pada strip |
Jari yang ada darah tadi, letak kat strip. Tapi pasti kan ia tidak melebihi dari garisan kuning yang disediakan, sekiranya anda menggunakan peralatan yang sama seperti UA. Bacaan akan keluar selepas beberapa saat. Tengok!
bacaan kedua selepas 2 jam sarapan |
Ini bacaan kedua yang diambil UA, dua jam selepas UA mengambil sarapan pagi. Alamak! Gambar terbalik iya. Tak reti nak pusing balik. Huhuhuhu. Ingat! Bacaan kedua ialah 2 jam selepas sarapan pagi. UA masak nasi goreng seafood + kacang botol + air milo panas untuk sarapan pagi. Tapi macam biasa, kuantiti nasi adalah dua sudu senduk nasi saja. Tak lebih. UA masak sendiri ni tuk breakfast.
Untuk bacaan ketiga, UA mengambil makanan ini untuk makanan tengah hari.
Nasi putih + terung sambal + ayam goreng + kerabu mangga. Hehehe. Beli kat kafe je, harga dalam RM5. Bolehlah. Jadi selepas dua jam, berapa keputusan bacaan UA?
bacaan ketiga selepas 2 jam makan tengah hari |
Normal!!! Berada di bawah 6.8 seperti yang telah ditetapkan. Alhamdullillah. Nampaknya kandungan gula dalam darah UA bertambah baik. Kalau tak sebelum ni mesti ada yang mencecah sampi 7.0, 7.5, risau dibuatnya. Jaga makan tau, kesian kat baby.
Jadi untuk makan malam, UA masak spaghetti saja. Bolognese ada cendawan, itu saja. Instant. Hahahhaha. Jadi bacaan dua jam selepas makan malam ialah,
bacaana keempat selepas 2 jam makan malam |
Alhamdullillah. Juga di bawah 6.8! Jadi maksudnya dalam hari tersebut, kandungan gula UA adalah normal dan sihat :)
Jadi macam mana? BSP seperti menyusahkan tapi bagi UA, ini adalah cara yang bagus untuk mengawal kandungan gula dalam badan dengan mengamalkan diet yang disarankan oleh dietician. Dan yang lebih menarik, berat ibu mengandung juga tidak akan naik terlalu mendadak. Baby UA sekarang sudah mencecah 1.2 kg walaupun berat umi masih tidak jauh berubah.
Ini saja perkongsian UA pada kali ini. Lain kali kita cerita benda lain pula. Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu kelemahan UA sendiri.
Ummu Arman Nota
No comments:
Post a Comment