Saturday, 4 April 2015

Fenomena Gerhana Bulan Penuh malam ni, 4 April 2015




Beberapa hari lepas, UA ada terbaca dalam berita tentang Gerhana Bulan yang akan berlaku pada hari ini. Subhanallah. Menarik ni! Teringat pada zaman sekolah menengah dulu, pihak sekolah pernah membuat solat sunat gerhana bulan di tapak padang perhimpunan sekolah. Waktu tu, memang nampak Bulan besar penuh... besar~~ macam Bulan tu boleh kita pegang. Biasa kita tengok bulan purnama bulat kecik dan jauh kan, yang ni bulan nye BESAR yang amat, dekat sangat. Kami duduk lah di tengah-tengah padang tu, berjemaah solat Maghrib dan Isya' dan solat sunat gerhana bulan. Tapi UA tak berapa ingat ada ke tidak kami melakukan solat hajat. hmm... lupa~~ Ada tazkirah dari Ustaz Zaini Hasbullah, cikgu disiplin, garang~~ takut bila nampak dia. Ada juga bacaan Al-Quran beramai-ramai, keadaan waktu tu agak meriah jugak lah, boleh dikategorikan seperti tengah buat Qiyammullail, cumanya bukan jam 3,4 pagi . UA tak ingat pun kenapa kita kena buat semua tu dulu. Ia berlaku semasa UA di tingkatan 2.



JAKIM juga ada ada membuat saranan supaya masjid dan surau membuat solat sunat KHUSUF iaitu solat sunat gerhana bulan dan berserta khutbah. Ini yang UA baca dalam Berita Awani. Menurutnya kejadian akan bermula pada jam 5.01 petang, kemuncaknya pada 8 malam dan berakhir pada jam 10.59 malam. Sumber dari ANGKASA untuk lebih tahu detail pergerakkan bulan malam ni.



UA menemui cara-cara macam mana nak solat khusuf dari website JAWI.


Peristiwa yang penting ya. Mengapa?


Tenaga Bulan Purnama
Beberapa hari yang lepas, UA berborak dengan seorang rakan yang sangat positif auranya. Dia ada berkongsi sedikit mengenai tenaga dari bulan purnama. Kebetulan katanya, hari ini 4 April ialah 14 Jamadilakhir dan peristiwa gerhana bulan penuh, wah! Dalam kalender Islam, tarikh 14 atau 15 bermakna bulan dalam keadaan purnama. Purnama mengambang~~~ Menurutnya pada ketika ini adalah sangat sesuai untuk kita menunaikan solat hajat kerana katanya tenaga dari bulan adalah tinggi pada tarikh-tarikh berkenaan. Betul kah? UA tak pasti akan kesahihan maklumat ini, mungkin anda perlu menilai sendiri. UA akan sertakan link yang berkaitan dengan tenaga bulan purnama di sini.

PERLU FIKIR NIH!!!


UMMU ARMAN NOTA



semua maklumat dikredit kepada pemiliknya. gambar kredit to google.images.






No comments:

Post a Comment