Oh! Baby UA sedang bergolek di dalam. Aktifnya dia jam ni. Nanti tengah malam kang mesti dia bergolek - golek lagi. Comel sungguh. Umi tak nampak baby UA buat apa kat dalam, jadi umi teka... main kriket? Hehehe. Sebab papa suka kriket.
Baiklah, untuk post baru kali ini, UA nak bercerita mengenai susu berkhasiat untuk ibu hamil yang diambil UA. Semasa di awal kandungan, UA diperkenalkan dengan susu Anmum Materna dan Enfamama. Malagnya, ia tidak menepati tekak UA, lebih - lebih lagi UA memang sangat tak suka minum susu tepung berwarna putih. ah. Mengada~~~
Tapi oleh kerana memikirkan baby UA yang baru nak membesar, UA usaha juga cari susu yang UA boleh telan, at least baby UA dapat nutrisi penuh, memandangkan di awal kandungan UA memang mengalami alahan yang sangat teruk. Turun 5 kg tu~~~ Risau akan baby UA, UA pun drive Myvi putih ku ke kedai Az-Zain di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. UA suka kedai ni, sebab dia jual ayam organik, yang memang diyakini kehalalan nya. Cenggini bagus!!!
UA jumpa susu kambing Wildan, perisa coklat, kena la coklat, sebab kalau yang original flavor tu UA takut tak mampu nak telan. And guess what? Pergh!!! Memang hebat!
Walaupun dia tulis susu kambing dekat depan kotak nya, lansung tak rasa pun macam minum susu kambing. Gembira! Rasa susu tepung putih pun xde! Yeay! Akhirnya bertemu juga susu yang sesuai untuk UA!!! Juga bagus untuk baby UA.
UA minum selama dua bulan, sebelum susu tu habis minggu lepas. UA masih tak berkesempatan nak pergi Az-Zain lagi tapi semasa datang Az-Zain beberapa minggu sudah, diorang ada bagi free gift susu materna Natalicious, susu tepung putih. Oh tidak! Ragu sungguh hati, boleh ke tidak minum susu ni.
Tetapi disebabkan susu kambing Wildan dah kehabisan stok kat dapur, UA gagahkan saja hati membuka paket Natalicious, demi baby UA. Memang sangat susu. Tapi tahu tak??? Natalicious sangat sedap?! UA berjaya habiskan satu cawan susu Natalicious tanpa rasa mual! Sangat sedap! Ia memang susu, macam susu yang lain, tapi UA boleh telan dengan jayanya!!! Yeay! Jumpa satu lagi susu materna untuk UA. Dalam susu ni pun ada susu kambing, jadi, baguslah kan!
Meh nak share kat sini, gambar. Ambik kat google.images je.
Tengok apa kandungannya. Bagus!
Susu bernutrisi untuk ibu hamil diperkaya dengan rumusan terbaru daripada 12 jenis bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan SUNNAH - www.natalia.my
Bahan:
- Susu kambing
- Delima
- Marin collagen
- Alfafa klorofi
- Manna
- Vanilla
- Pisang
- Bayam
- Kalsium
- Susu rendah lemak
- Kismis
- Stevia
Bagusnya kandungan Natalicious ni! Senyum lebar UA. hihihi. Jangan risau ye, ini bukan iklan berbayar tau, ini pilihan UA, pihak Natalia tak tahu pun. UA nak berkongsi susu materna yang UA pilih. Susu kambing Wildan boleh. Susu Natalicious pun boleh. Apa pula pilihan bakal ibu ye?
Ummu Arman Nota
All images are credited to google.images
No comments:
Post a Comment