Wednesday, 16 December 2015

Pengalaman Membeli Baby Carrier

Okay. Sekalian. Rupanya, susah juga nak pilih baby carrier ni ye. Pening nya lah kepala. Memang UA dah survey, dah google, dah study dah jenis carrier apa yang kena beli. Tak jalan jugak. UA 'terbeli' carrier yang bukan jenis knee-to-knee tu. Huhuhuhu. Stressss

Officemate pesan, kalau nak beli baby carrier, sila beli jenis ssc or mei tai, bukan jenis crotc, yang kaki terjuntai ke bawah nu. UA beli jenama Tobby. Huhuhu. Patutlah Ayesha asyik merengek je duduk dalam tu. Tak selesa rupanya. Kalau duduk dalam tu, dalam setengah jam dah, mula la gosok-gosok muka kat tudung UA, merengek nak keluar. Maka dengan ini, UA sedang merancang nak beli yang baru, sebab hujung minggu ni, UA nak balik Sarawak. Balik ngan baby je, jadi UA menjangkakan perlunya bantuan tambahan dalam mengendong baby dan luggages.

Jadi, setelah mengambil kira kos, tahap keselamatan dan design, UA memilih untuk membeli baby carrier BOBITA gen 2. Harga nya dalam RM259 lengkap satu set (without yang tuk gigit2 tu). UA rasa mcam bersyukur sangat-sangat sebab Allah berikan idea tuk UA tuk beli baby carrier yang  baru. Baby UA nak kata gembira tu, taklah sampai seronok gile duduk dalam tu, but at least dia tak meragam macam dia pakai Tobby. Saiz pun muat-muat dengan dia, tahap kepanasan baby tu, UA tak sure tapi dia boleh je duduk dalam tu sampai 2 jam. That's mean, baguslah kan? Sebab kalau Tobby, setengah jam mesti dah keluar. Okay. UA beli set yang ni, set 2.
Set ini yang UA beli, dengan tuan punya nombor telefon, she's very nice. Rasanya dia seorang saja kot yang jual jenama BOBITA kat Malaysia ni. Ini brand Indonesia. Kalau nak beli brand Malaysia pun boleh. Cuma nya mahal sikt. Mostly harga dalam RM300++. My gosh, tak mampu UA nak beli mahal sangat. At least yang ni, affordable dan tahap keselamatan yang bagus dan baby pun suka, so why not? 

Tapi jangan lah berkompromi tuk keselamatan anak. Jadi pemilihan baby carrier yang bagus dengan harga yang sesuai, just go for it. Mahal ke murah ke, asalkan ciri-ciri baby carrier yang bagus itu ada, tiada masalah.


Wallahualam.


ummuarman

Friday, 27 November 2015

Projek Sebelum Transfer

Okay, kali ini UA ingin berkongsi beberapa projek yang sedang dan akan dijalankan UA sebelum UA berpindah balik ke Sarawak (itupun kalau permohonan diluluskan pihak atasan).

cr:google@image


Setakat ni, projek pertama sudah selesai.Pembukuan teori ciptaan UA dalam pertukaran unit melibatkan asas yang sama, berbeza imbuhan. Alhamdullillah. Berjaya!!! Ia berada di tangan bos kecil sekarang, tak sure dia nak buat apa. Mungkin berkongsi dengan bos besar atau orang lain, pattanehi. Tapi boleh dikatakan ini adalah projek yang sangat UA bangga kerana nama projek adalah nama UA sendiri. kekekeke. Tajuknya projek "Teori A^^^^H 2.0". Yang tanda ^ tu, huruf-huruf yang dibiar rahsia dahulu, hehehe. Rahsia.Rahsia. Malu la kalau orang tahu.

cr:google@image
Sekarang UA sedang fokus untuk projek yang kedua dipanggil Projek Buku Rumus. Memandangkan UA ialah seorang pengajar Fizik, maka dengan itu UA ingin memudahkan lagi bagi para pelatih untuk mencari dan mengenali formula-formula atau rumus-rumus yang wajib dihafal untuk sesi pembelajaran Fizik. Iyalah kan, kena ingat slogan ini, 
I LOVE PHYSICS




Projek yang seterusnya yang bakal dijalankan ialah untuk tahun depan iaitu menyambung semula pembelajaran dalam Master degree yang UA berhenti 5 tahun yang sudah. Okay. Agak lama. Ingatkan tak mahu dah nak sambung Master, gara-gara diberhentikan pihak univ sebab tak bayar yuran. Opps!!! UA akan godek semula apa yang bersarang dalam kepala UA ni untuk mencipta satu proposal baru untuk research UA. Tengah fikir bidang yang sesuai. Dalam kepala ada 3 benda nak buat tapi UA nak tengok dari segi masa dan ongkos dulu. Sebab 2 dari 3 research tu memerlukan ongkos yang besarrrr gitew. Sebab UA dah berazam, that i will not gonna stay here sampai pencen okay. Nak tunggu naik pangkat? Boleh, tapi kena 'market diri' dulu, kata bos. Oh tidak! Market market sangat tidak berkualiti. Market diri sekadar untuk menyendeng depan pintu office bos, tanya khabar, oh tidak! Itu bukan saya. Kalau nak market, sila market bakat yang berkualiti.

Baiklah, itu saja. Sekian dulu. Yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah kelemahan UA sendiri. Syukur Alhamdullillah. Terima kasih Allah :)


ummuarman

Monday, 9 November 2015

terbang pulang ke Sarawak

Langsung tidak disangka tangan UA pantas menyambar borang permohonan pertukaran tempat kerja. Demi bayi UA, benda yang tak pernah terfikir dalam kepala pun terus dibuat secara spontan.


Friday, 30 October 2015

Menyusukan anak pertama kali


Perkara pertama yang UA minta sebaik saja dibenarkan 'berbuka' selepas 4 jam dari pembedahan berakhir, ialah air. Sangat dahaga. UA teringat akan pisang goreng yang dimakan sebelum operate tu, nasib baik makan. Kalau tak mesti lagi lapar. Habis minum segelas air putih menggunakan straw, UA minta pada nurse nak susu kan baby. Baby tidur lagi waktu tu. Katilnya ada sebelah UA. Comelnya ciptaan Allah ni, kecil saja tubuhnya. Husband UA pernah mengeluarkan ayat ni, "hebatnya ciptaan Allah. Ada manusia kecil dalam perut ibu. Hebatnya. Kita tak boleh nak terfikir akan kehebatan ni". Subhanallah.

Kali pertama memegang bayi, jam 4 pagi (lebih - lebih sikit), tak tahu macam mana nak susu kan bayi, nak pegang baby pun tak pandai. Huhuhu. UA cuba mengingati kembali pembelajaran dalam kelas menyusu untuk ibu mengandung semasa di Hospital Sg. Buloh dulu. Bagus juga ada pendidikan menyusukan anak ni. Bukan main redah saja, ada cara rupanya. UA buat saja. Tapi tak tahu betul ke tak. UA letak pada dada, baby UA tak buka mulut besar. Kecil saja. Macam huruf O. Terkial - kial juga. UA pun tak tahu ada susu ke tak. Tapi UA buat juga. Tengok mulutnya macam bergerak-gerak, ahhhh menyusu la tu~~~~ Ya Allah, sangat bersyukur. Minum juga dia. 

Satu perkara yang saya tak tahu, bayi menyusu badan sangat lama. 15 minit. 20 minit. 30 minit. Alahai~~~ UA tertanya-tanya, aku ni ada susu ke sebenarnya? Kenapa baby minum lama sangat? Okay ibu-ibu sekalian, jangan risau. Memang macam tu. Dah habis sebelah, dia minum sebelah lagi. Lepas habis dua-dua belah, selepas 1,2 jam, dia akan menyusu lagi. Sila bersabar ye. Kerana hanya itulah makanannya untuk 6 bulan pertama. 

Oleh kerana UA tidak yakin ada susu keluar ke tak, UA minta pertolongan nurse kat situ. Datanglah  seorang sister, berbaju biru topi putih, untuk mengajar cara yang betul untuk menyusukan bayi. Dia ajar cara urut, posisi baby yang betul untuk menyusu, petua untuk memperbanyakkan susu. Terang dan jelas tunjuk ajarnya. 

Jadi UA cuba lagi. Praktikkan apa yang diajar. UA masih tak pasti ada susu ke tak sebab baby UA asyik nak menyusu saja. Selepas 3 hari dalam wad, UA dibenarkan keluar. Masa untuk berpantang. Sebelum nak cerita hal berpantang, nak cerita bab susu ni dulu.

Selama 8 minggu, baby memang fully breastfed. UA dah tekad dah nak menyusukan baby secara esklusif breast-milk tuk baby UA. Akan tetapi, ianya tidak berjaya. Satu malam tu, baby UA menangis teruk, walaupun UA sedang menyusukan dia. Dia macam tak puas saja menyusu. Tangisan baby UA membuatkan UA jadi kecewa, sebab tak boleh nak diamkan dia, susu tak cukup, baby lapar lagi. Dengan hati yang terlalu berat, UA minta pada mama,
tolong beli susu formula. UA menangis sungguh-sungguh semasa baby UA minum susu formula pertama kali, oleh kerana ibunya ini kekurangan susu. Sebaik saja habis minum, baby tidur dengan nyenyak. Remuk hati UA, kenapa UA tak boleh beri susu pada baby macam susu formula bagi? Terasa macam diri tak berguna. Terlalu sedih. Menangis sepanjang malam. Meroyan ke aku?


Oleh kerana tak mahu baby minum susu formula lagi, UA bertekad untuk google tips tambah susu badan. Buat dah semua. Tapi kurang berkesan. Makan bubur nasi, dah. Minum air horlick, dah. Mandi air suam, dah. Akhirnya UA berjumpa dengan Susu Rizqi. Husband cadangkan minum susu lembu untuk tambah susu badan, UA tak nak. UA nak susu kambing. Jadi bertemulah dengan produk MAMADIL iaitu Susu Rizqi. 

Alhamdullillah. Dengan izin Allah, susu badan UA bertambah. Kalau dulu pam cuma boleh dapat 1-2 oz saja, selepas minum susu ni, susu badan sentiasa dapat 5 oz dan ke atas. UA tertanya-tanya juga, biasa kalau yang lain pam, dapat berapa banyak. UA tanya kakak ipar UA, dia kata dia biasa dapat 4 oz. Aduhai sedihnya UA sebab UA boleh dapat 2 oz je paling banyak awal-awal tu. 

Pada minggu-9 umur baby, UA minum susu ni, dan terus 'no more formula'. Baby minum formula 4 kali. Tapi terima kasih juga susu formula, kerana walaupun bukan susu ibu, ia mengenyangkan bayi UA, berjasa. Namun untuk kali ini saja kerana UA ingin terus memberi susu badan pada baby UA selagi UA mampu. Rezeki itu datang dari Allah. Kita berusaha saja tapi Allah yang menentukan. Sekarang Ayesha dah cukup 4 bulan, masih minum susu badan, Alhamdullillah, Allah temukan saya dengan produk ni. Susu kambing ditambah buah zaitun dan habbatussauda.

UA pun makan kurma, memang hebat menambahkan susu badan juga. Minum air banyak-banyak, dan sentiasa berfikiran positif. In sha Allah. 

Terima kasih Allah

Thursday, 29 October 2015

Alhamdullillah. Dia dilahirkan ke dunia ini

Alhamdullillah. Tanggal 25 Jun 2015, lahirlah puteri kami, Ayesha, pada jam 10.01 malam, 7 Ramadhan, seberat 3.1 kg. Alhamdullillah. Bukan mudah tapi tidak sukar.

Sudah lama kan UA tak mencoret apa - apa dalam blog ni. Sebabnya.....sedang mengalami fasa baru dalam kehidupan, as a mother. Alhamdullillah. Terima kasih Allah.

Baby UA lahir pada usia kandungan 37 minggu. Waktu tu, UA ingat lagi , jam 5 petang, tengah bersiap menyediakan juadah berbuka puasa. UA tak puasa pun, penat sangat. Penat tu bukan penat badan je, sebab dah sarat kan. UA sempat berpuasa 2 hari saja. Itupun hari pertama dan ketiga saja. Selebihnya UA dah tak boleh dah, takut memudaratkan baby dan diri sendiri. Mula UA google juge, boleh ke wanita mengandung untuk tidak berpuasa? Boleh jawapannya, sekiranya ia memberi kemudaratan pada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Berbalik pada cerita hari nak bersalin tu, jam 5 petang (lebih - lebih sikit), adik - adik semua dah balik dari office. UA pulak duduk kat meja makan, hahaha, makan pisang goreng by mama. Makan dalam 2,3 ketul saja, sebab teringat ada GDM, tiba-tiba air ketuban pecah. UA cepat - cepat berdiri dan tengok pada kaki, "eh darah...!" Wah! Satu rumah riuh. Nak bersalin dah! 

UA cuba untuk tidak panik. Segera bergerak ke bilik tidur. Ambil semua barang untuk ke hospital. Buku pink memang dah ready, beg hospital memang dah ada dalam kereta, handphone dan semua yang dah disenaraikan. UA tertanya - tanya juga, baby nak keluar dah ke? Sebab due date jauh lagi. Sedang nak masuk kereta, mama dan adik2 semua panik. Hahaha. UA relax saja, sebab tak rasa sakit. Soalan lagi dalam kepada UA, kenapa tak sakit?

Dalam perjalanan ke hospital, UA hubungi hubby kat India. Terkejut dia. Belum lagi ni. Tapi baby nak keluar dah. Sampai hospital, masuk wad bersalin, nurse cakap, "kita check dulu ye. Belum tentu nak bersalin lagi". Saya iyakan saja. Mereka lebih berpengalaman.

Jadi, UA diminta tukar baju, pakai baju wad warna pink, hospital kerajaan tau, hospital ini memang pilihan UA, sebab UA tahu servis nya sangat bagus. Lepas tu, baring atas katil, dalam satu bilik dekat dengan dewan bersalin, nak check bukaan. Baru 2 cm. Tapi nurse tiba - tiba kata macam ni, "warna air ketuban ni dah warna hijau/coklat, maksudnya baby mungkin dah tertelan najis kat dalam perut. Mungkin kena c-sec ni"
Berdebar dah UA. Kena potong ke? Takutnya. Jadi dia pun buat satu benda yang UA tak terfikir. Shaving. Hahaha. Get ready.

Nurse tu kata macam ni sambil shave, "kot kot kena c-sec, saya shave bahagian atas jugak lah. Nanti senang tak payah nak buat dalam OT"
Segan pun ada tapi perasaan nak berjuang tu lebih tinggi dari perasaan segan tu. Abaikan saja.

UA ditempatkan di katil dekat dengan kaunter, untuk monitor degupan jantung baby. Degupan baby macam lemah. Kejap2 110, 120, naik 153, turun balik 110, berdebar saya. Semua ni berlaku dalam masa 1 jam juga, sebab teringat mama ada bersama, berbuka puasa di tepi katil UA. Sangat menyentuh perasaan. Tak tahu macam mana, tapi rupanya inilah perasaannya saat menanti kehadiran bayi.

Dalam jam 7, UA diusung masuk lagi ke dewan bersalin. Kali ini, nak induce. Aduh! Sakit giler!!!! Tak boleh nak bayangkan sakit tu macam mana. Mama pesan, bacalah selawat, istigfar, semoga dipermudahkan bersalin. UA baca lah juga zikir selawat istigfar semua tu tapi sakit amat. Tak mampu nak basahkan bibir dengan zikir semua, UA just , "sakit......urgh..." sangat tak Islamik nya saya. Sebut "sakit" lagi banyak dari zikir. Huhuhuhu. 

Pastu check bukaan, alamak baru 3 cm. Dalam 7 setengah malam, doktor pakar O&G masuk. A lil explanation from nurses, dia datang pada UA dan dalam 5 saat, dia kata, "okay. kita potong saja. Baby distress"

Teringat perbualan doktor dengan jururawat,nurse: so doctor, what time to operate?doctor: 9pmnurse: 9.15 ok doctor?doctor: Oklah. 9.30.nurse: okay

Doktor tu orang Myanmar, jadi bahasa melayu nya kurang sikit. UA pun terkejut juga. Jauh ceruk kat hujung Sarawak ni, ada doktor pakar O&G, oversea pulak tu, sangat tak sangka. Maksudnya walaupun daerah UA ni di pedalaman, kerajaan negeri Sarawak sangat prihatin. Yang lagi tidak disangkakan, doktor ni kawan baik bapa UA.

Jadi, sehingga jam 9 malam, UA memang menahan sakit gara-gara ubat induce tadi. Bertahan sajalah. Masuk saja dewan bedah, wah! Hilang terus sakit. Kenapala ye. Tepat 9.30 tanpa kurang sesaat pun, UA sudah berada dalam dewan bedah. Entah siapa ada di sana, UA yang pada awalnya kepanasan dalam wad terus menggigil kesejukan. Aircond tu entah suhu berapa. Menggigil. Bercakap pun berlaga gigi atas dan bawah. 

Semasa pembedahan berlansung, UA sedar molek saja. Dengar lah perbualan ahli dewan akan aktiviti yang mereka lakukan sebelum on-call. Bercerita tentang solat terawih, doktor tu, doktor ni, hehehe, kelakar. Tiba - tiba, tanpa sedar, beban pada perut UA terus hilang tatkala doktor menarik baby UA keluar. Keadaan dewan tiba - tiba meriah, seperti para petugas sedang bersorak gembira semasa doktor tarik baby keluar. Air mata UA mengalir perlahan sebaik saja mendengar tangisan perlahan bayi sambil UA berbisik perlahan menyebut "Alhamdullillah". 

Doktor pakar tu datang dan tengok UA sambil berkata, "It's done. Everything is okay. I'll see you tomorrow". UA iyakan saja. Sebab tiba-tiba badan rasa penat sangat. Lenguh satu badan. Nurse lap badan pun UA biarkan saja. Selepas seketika seorang jururawat datang bersama baby

Nurse (dengan mask masih on): Nah tengok baby. Cuba teka baby apa?
Dia pun selak kain baby. 
Nurse: Baby girl.
UA senyum saja. Tak tahu apa reaksi muka sendiri tapi hati UA benar-benar rasa bersyukur waktu tu sebab akhirnya, baby UA selamat dilahirkan, walaupun bukan secara normal. Macam UA kata, ia bukan mudah tapi tidak sukar. Alhamdullillah.

Maka bermula lah episod pertama, saat bermula, menjadi seorang ibu kepada bayi perempuan kami, Ayesha. Nama yang dipilih oleh kami berdua, suami isteri, sempena nama isteri nabi Muhammad. Semoga akhlaknya juga seperti saidatina Aisyah.In sha Allah.

Terima kasih Allah.





Sunday, 3 May 2015

Resepi: Martabak Meggi Ayam Kari

Okay, setiap kali UA buat tajuk resepi, mesti tak berapa nak gempak. UA tak pandai masak tapi nak jugak kongsi resepi, sebab apa? Sebab S.E.R.O.N.O.K!!! Hehehe. Sambil - sambil tunggu mesin baju cuci baju UA, meh UA nak share resepi yang tiba-tiba saja hadir dalam kepala, waktu bangun tidur tadi. Kenapa teringin nak makan ni? Sebab UA dah tak tahu apa nak makan dah selain nasi perang + ayam. Huhuhu. Stok meggi banyak lagi, tapi semasa mengandung ni, UA cuma pernah makan dua kali saja. Maksudnya ada banyak lagi lah dalam kabinet. Okeh, jom!!!





















Inilah hasilnya. Hehehe. Tak begitu menyelerakan. Hahahaha. Tapi rasanya sedap! Jom tengok bahan-bahannya:

Hah, ada bawang merah, bawang putih, daun kari, serbuk kari, mix-veg, meggi, telur 2 biji, minyak masak dan ayam yang sudah dipotong mengikut saiz kesukaan UA.


Caranya:
Mula-mula masak ayam masak kari ---> Panaskan minyak, masuk bawang + daun kari
                                                          ---> Masuk serbuk kari sampai pecah minyak
                                                          ---> Masuk ayam + mix vege + sedikit air
Macam ni jadinya. Huhuhu. Tapi kari tu tak sempat nak pecah minyak, UA dah masuk ayam. Huhuhuhu. Kena tunggu tau sepatutnya supaya rasa kari tu ooomphh!!!!

Pada masa yang sama, campurkan meggi yang sudah direbus tadi dengan telur.

Kari ayam dah siap, boleh masukkan ke dalam meggi yang sudah bertelur seperti gambar di atas.


Gaul kesemuanya sampai rata. Kalau dah puas hati, masak ler~~~~ Kena kuali/periuk yang tak lekat tu tau supaya senang nak pusing.

Tunggu dalam 3,4 minit ke, pas tu pusing kan dia, tapi pusing tu kena hati - hati tau. Kang tak jadi bentuknnya bulat. Hahahahaha. Gitew~~~~

Haaaah, ending!!!

Ada yang hangus! Hahahahahha. Tapi apa - apa pun bentuknya, hasilnya tetap sedap!!!!! Boleh lah~~~ #Taraf-suri-rumah-bekerja-sepenuh-masa-yang-baru-belajar-masuk-dapur-sebab-baru-khawin. Hahaha. Panjang #hashtag UA tu. 

Yang baik semuanya datang dari Allah, UA hanya berkongsi dan yang buruk itu kelemahan UA sendiri. 

Ummu Arman Nota


Saturday, 2 May 2015

Set Berpantang Pilihan UA

 Wah! Wah! Wah! Baby UA memang sangat aktif! Sekarang ni dia tengah bergolek ke kiri ke kanan, tendang atas, tendang bawah, sangat aktif. Memang sama macam papa dia. Kekadang perut ni bergoyang macam pokok kena tiup angin kencang, hahahaha. Waktu - waktu macam ni lagi lah dia aktif. Doktor pun dah mula suruh UA untuk catit pergerakan janin dalam carta pergerakan janin tu. Seronok. Terasa sangat bahagia. Wah~~~ Sebenarnya perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata - kata, UA hanya tersenyum setiap kali baby UA menyapa umi.


Okay, seperti tajuk di atas, UA sudah membuat keputusan dalam memilih set berpantang. Sangat lama~~~~~~~~~ fikir. Sebab first baby jadi UA tak ada pengetahuan langsung. UA banyak bertanya pada kawan - kawan tentang set berpantang apa yang menjadi pilihan mereka. Ada yang memilih Shaklee, Nona Roguy, bidan panel pun ada, panel keluarga katanya. Hahaha. Jadi apa pilihan UA?
|
|
|
|
|
|

Set Berpantang Shaklee. Hehehe. UA ikut nasihat kakak ipar UA. Lagipun dia dah bersalin dua kali, jadi, pengalamannnya sangat berharga buat UA. Bila UA tanya mama UA, zaman dulu - dulu katanya makan jamu yang dibuat bidan saja, susah nak telan. Jadi dia nasihatkan tanya kakak ipar, sebab anak kedua dia pun tak sampai setahun lagi umurnya. Hahahha. Masih fresh lagi. Kakak ipar UA kata, ambil set berpantang Shaklee basic pun sudah cukup. Sebab katanya kalau pun baby kuning, kita masih boleh teruskan mengambil supplement Shaklee tanpa ragu - ragu.  

Tapi kakak ipar UA pun ada cadangkan untuk menambah sedikit dalam set berpantang tu tapi bukan dari Shaklee. Dia cadangkan ambil Minyak Herbanika, dari produk NR. Sebab dalam set Shaklee tu, tak ada untuk urut-urut badan, kang berangin kang, susah juga. Untuk masalah sembelit, sebab orang selalu kata sukar tuk 'membuang' semasa berpantang tu, UA ambil Phytonatal NR juga. 


cr: pics to google.images


Untuk barut/bengkung, UA minta kat mama tuk buat tuk UA. Dan untuk jamu yang berkaitan, mama UA akan minta pada bidan kampung, ala-ala bidan panel gitew~~~


Okay, itu saja perkongsian UA hari ini. Agak lama juga UA tak post apa-apa dalam blog ni kan. Banyak sangat pekara yang membantut penulisan dan pencarian ilham, terutama nya disebabkan oleh laptop yang dah rosak ni. Huhuhuu. Tunggulah, hujung tahun baru beli baru. Sekarang macam tak memerlukan sangat. Oh, entri yang seterusnya UA nak tulis tentang breast pump yang UA pilih. Maka dengan itu, yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.


Ummu Arman Nota

Sunday, 19 April 2015

Resepi: Tumpi Mama

Pernah dengar perkataan tumpi ke? UA pun tak pasti ada tak bahasa Malaysia "tumpi". Mungkin ni bahasa dari tempat UA ---> LIMBANG
cr: google.image
Hah. Nampak tak tu? LIMBANG! Siap zoom lagi. Limbang berada dalam Sarawak, tapi adat dan tradisi Limbang adalah berbeza dari bahagian dalam Sarawak yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh ia dipisahkan oleh negara Brunei Darusalam. Jadi bahasa orang di Limbang pun tak sama dengan bahasa Sarawak yang biasa orang kat sini dengar tu.

Okay, berbalik kepada resepi TUMPI tadi, meh UA nak share sikit makanan yang sering dimasak oleh mama UA untuk sarapan atau minum petang. Nampak macam roti canai tapi bukan ye.

tumpi mama saya tapi UA yang buat kali ni. Hehe
Bentuk nya sangat lah tak bulat. Hahahha. Malu UA. Okay, jom tengok bahan-bahan nya:

  1. Tepung gandum
  2. Mentega
  3. Ikan bilis
  4. Garam
  5. Air secukupnya

Mudah saja. Campur semua bahan - bahan tadi kecuali air dalam satu bekas. Sebenarnya kalau nak tambah macam - macam lagi pun boleh. Nak tambah serbuk kari ke, daun kari ke, kalau tak mau ikan bilis, letak udang pun boleh, apa-apa saja memgikut selera masing - masing. Kalau nak pedas, tambahlah cili padi ke, cili kering ke, terpulang. Anda adalah chef sendiri :)
langkah pertama: campur semua kecuali air
langkah kedua: uli semua nya dengan tangan. 

langkah ketiga: selepas uli dah sebati, campur dengan air, sedikit demi sedikit. Jangan banyak sangat, nanti cair. Tapi kalau dah terlebih air, masuk kan la tepung sikit lagi.

Langkah 4: Yeay! Lepas uli bahan dengan air tadi, ini lah hasilnya. Kalau nak tahu adunan tadi menajdi ke tak, bila uli tu, adunan dah tak letak kat jari. So tinggalkan jap adunan ni selama beberapa minit, Bagi rehat dulu. 

Agak - agak dah cukup rehat, boleh la ambil sedikit dari adunan tadi untuk dileperkan, ala-ala roti canai. Tabur tepung kat permukaan tempat nak uli tu, supaya adunan tak melekat dengan permukaan.

Hah! Yang ni dah uli dengan cawan. Hahahah. UA cari tak jumpa roller plastik UA. Entah dah buang dah kot, sebab lama juga UA tak buat tumpi ni.

Panaskan kuali dulu. Masukkan minyak sikit je. Bila dah panas tu, boleh lah masukkan tumpi pertama ke dalam kuali. Jangan lupa belek depan belakang atas bawah, sentiasa balik-balik kan ia. Nanti hangus.

Hah! Inilah hasilnya! Bentuk tak cantik lansung. Hahahaha. Tak apa, janji sedap!

Jadi macam mana? Senang je kan? UA bukan chef nak bagi resepi best- best tapi sekadar berkongsi menu sarapan UA hari ini. Oh! Ingat! Jangan makan banyak sangat, diet jangan lupa. Nanti naik gula dalam darah, sebab kita guna tepung gandum tu, sama seperti nasi. Simple je resepi ni. Malu pula nak share sebab tau ramai lagi yang hebat memasak dari UA. Tapi tak apa. Kita berkongsi, tak salah kan?

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu, kelemahan UA sendiri.

Ummu Arman Nota 

Saturday, 18 April 2015

BSP sebelum TCA dengan pakar O&G

Macam dah lama tak post entry baru. Sebab sekarang ni badan UA penat sangat. Sangat sangat lah penat. Jalan pun dah lebih perlahan dari penguin. Dulu UA pernah mengusik seorang kakak ni, cara jalan macam penguin. Hahhaa. Sekarang sendiri jalan macam penguin.

BSP. Tahu tak apa maksudnya? Kalau ibu mengandung yang ada GDM tu, mesti tau BSP tu apa. BSP (Blood Sugar Profile) ni khas tuk check kandungan gula dalam darah wanita mengandung, sekiranya didapati keputusan selepas meminum air gula, MGTT, adalah melebihi dari 7.8. aha~~~~ UA lah tu!

 Jom kita tengok macam mana BSP ni dilakukan. UA buat sendiri kat rumah, sebab kalau pergi klinik buat 4 kali sehari, penat tu nak drive ke sana. Better beli alat tu. Nah!
accu-check

Ini glucometer UA, jenama Accu-Chek. Harga dalam RM150+, kalau tak silap. Ada yang murah lagi tapi sebab UA tak tahu jenis apa yang perlu beli, jadi UA ambil keputusan untuk membeli yang ini. Kakak ipar UA pula beli jenama OneTouch, pun bagus juga.  Ini senarai alat-alat yang ada dalam beg hitam kecil GM.
accu-check + onetouch pen

Yang pen putih tu, alat yang digunakan untuk mencucuk jari, untuk mendapatkan darah. Asalnya pen jarum UA berwarna hitam tu, yang panjang tu. Tapi disebabkan UA tak refill jarum dalam tu, jadi UA gunakan pen jarum milik kakak ipar jenis OneTouch. Yang ni setiap kali nak cucuk jari, kena isi jarum baru, yang berwarna putih kecil di sebelahnya. Kalau yang pen hitam tu, memang dah tersedia 6 batang jarum di dalamnnya, UA hanya perlu tekan saja. Setiap jarum untuk pen hitam boleh guna untuk 4 kali. Tapi yang OneTouch tu, boleh guna sekali saja. 

Alat kat tengah tu ialah mesin yang akan membaca berapa kandungan gula dalam darah kita setelah jari dicucuk. Untuk jenama ni, ia ada memory. Maksudnya kalau UA lupa nak tulis dalam buku merah, UA boleh check result sebelumnya dalam alat tersebut tanpa masalah.

Nampak yang macam strip kecil tu? Hah, yang tu lah tempat nak letak darah selepas dicucuk sebelum dimasukkan ke dalam alat untuk membaca kandungan darah. Ia diisi di dalam botol kecil tu.


BSP ni kena buat 4 kali sehari.

Pertama: Sebelum sarapan, atau lebih senang semasa bangun tidur pagi. Malam sebelum buat BSP mesti 'puasa' bermula dari jam 10 malam sehinggalah nak cucuk jarum pertama pagi tu. Untuk UA, ini result UA berpuasa malam tu.
bacaan pertama sebelum sarapan, berpuasa di malam hari

Tapi sebelum tu, biar UA tunjuk macam mana cara nak ambil bacaan BSP. Sediakan bahan-bahan dahulu. Hehehe. Macam nak masak. Untuk lebih mudah, masukkan strip tu siap-siap dalam alat GM sebab kalau dah cucuk jari, nanti darah beku cepat kalau baru nak masuk strip dalam alat tu.

alat-alat disediakan

Lepas dah masukkan dalam alat (tiada dalam gambar), boleh lah bersihkan jari yang hendak dicucuk. Pastu, boleh lah mula. 
cucuk jari
Jangan risau. Tak sakit! Hahahaa. Jadi, kemudian buat apa?
letak darah pada strip
Jari yang ada darah tadi, letak kat strip. Tapi pasti kan ia tidak melebihi dari  garisan kuning yang disediakan, sekiranya anda menggunakan peralatan yang sama seperti UA. Bacaan akan keluar selepas beberapa saat. Tengok!
bacaan kedua selepas 2 jam sarapan

Ini bacaan kedua yang diambil UA, dua jam selepas UA mengambil sarapan pagi. Alamak! Gambar terbalik iya. Tak reti nak pusing balik. Huhuhuhu. Ingat! Bacaan kedua ialah 2 jam selepas sarapan pagi. UA masak nasi goreng seafood + kacang botol + air milo panas untuk sarapan pagi. Tapi macam biasa, kuantiti nasi adalah dua sudu senduk nasi saja. Tak lebih. UA masak sendiri ni tuk breakfast.

Untuk bacaan ketiga, UA mengambil makanan ini untuk makanan tengah hari.

Nasi putih + terung sambal + ayam goreng + kerabu mangga. Hehehe. Beli kat kafe je, harga dalam RM5. Bolehlah. Jadi selepas dua jam, berapa keputusan bacaan UA?
bacaan ketiga selepas 2 jam makan tengah hari
Normal!!! Berada di bawah 6.8 seperti yang telah ditetapkan. Alhamdullillah. Nampaknya kandungan gula dalam darah UA bertambah baik. Kalau tak sebelum ni mesti ada yang mencecah sampi 7.0, 7.5, risau dibuatnya. Jaga makan tau, kesian kat baby.

Jadi untuk makan malam, UA masak spaghetti saja. Bolognese ada cendawan, itu saja. Instant. Hahahhaha. Jadi bacaan dua jam selepas makan malam ialah,

bacaana keempat selepas 2 jam makan malam
Alhamdullillah. Juga di bawah 6.8! Jadi maksudnya dalam hari tersebut, kandungan gula UA adalah normal dan sihat :)

Jadi macam mana? BSP seperti menyusahkan tapi bagi UA, ini adalah cara yang bagus untuk mengawal kandungan gula dalam badan dengan mengamalkan diet yang disarankan oleh dietician. Dan yang lebih menarik, berat ibu mengandung juga tidak akan naik terlalu mendadak. Baby UA sekarang sudah mencecah 1.2 kg walaupun berat umi masih tidak jauh berubah. 

Ini saja perkongsian UA pada kali ini. Lain kali kita cerita benda lain pula. Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu kelemahan UA sendiri.


Ummu Arman Nota

Monday, 13 April 2015

Resepi UA: Nasi Goreng Sotong Kunyit Goreng bersama Kacang Botol. Panjang sungguh nama resepi ni

Aha~~~ Betapa gila nya UA akan kacang botol. Rangup giler~~~ Especially kalau makan dengan ayam masak kari, pergh~~~ menyengat sedap nya. Hahaha. Tapi hari ni, UA cuba resepi baru. Entah jadi ke tidak, nak share lah resepi buatan sendiri ni. Nanti ada masa, UA nak cari lah kebaikan kacang botol ni, terutama tuk baby. Tengok nama resepi tu "Nasi Goreng Sotong Kunyit Goreng bersama Kacang Botol", entah apa-apa UA bagi nama. Hentam sajalah labu. Hahahaha


Bahan-bahannya ialah:

Bahan A = Bawang merah + bawang putih + cili padi + kunyit hidup












Atas tu ada kacang botol, potong lah camne pon, tapi ia bukan termasuk dalam bahan A tau. Pinggan je sama. Hahaha. Jimat.


Bahan B = Sotong + serbuk kunyit (goreng sikit)


Bahan C = Nasi + mentega/planta












Kicap masin
Kicap manis
Secukup rasa (garam ke, maggi secukup rasa ke, terpulanglah)


Cara nak buat:

Gaul semua bahan C
1














Pada masa yang sama, bolehlah tumis bahan A.
2













Bahan B yang dah digoreng tadi masuk dalam bahan A
3














Masuk bahan C dalam A+B
4














Masuk 2 sudu kicap manis dan 2 sudu kicap masin
5














Pas sebati warna pada nasi tu, bolehlah masukkan kacang botol. Jangan masak lama kacang botol ni, sebab UA suka rangup. Tapi terpulanglah pada masing-masing ye :)
6













Siap!!!

Meh tengok hasilnya!!!


Malu~~~~~~~

Cubalah. Senang je. Sedap ooowh~~~ Hahahha

Sekadar perkongsian. Semua yang baik semua nya datang dari Allah dan keburukan itu semua nya adalah dari kelemahan UA.


Ummu Arman Nota