Alhamdullillah. Tanggal 25 Jun 2015, lahirlah puteri kami, Ayesha, pada jam 10.01 malam, 7 Ramadhan, seberat 3.1 kg. Alhamdullillah. Bukan mudah tapi tidak sukar.
Sudah lama kan UA tak mencoret apa - apa dalam blog ni. Sebabnya.....sedang mengalami fasa baru dalam kehidupan, as a mother. Alhamdullillah. Terima kasih Allah.
Baby UA lahir pada usia kandungan 37 minggu. Waktu tu, UA ingat lagi , jam 5 petang, tengah bersiap menyediakan juadah berbuka puasa. UA tak puasa pun, penat sangat. Penat tu bukan penat badan je, sebab dah sarat kan. UA sempat berpuasa 2 hari saja. Itupun hari pertama dan ketiga saja. Selebihnya UA dah tak boleh dah, takut memudaratkan baby dan diri sendiri. Mula UA google juge, boleh ke wanita mengandung untuk tidak berpuasa? Boleh jawapannya, sekiranya ia memberi kemudaratan pada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Berbalik pada cerita hari nak bersalin tu, jam 5 petang (lebih - lebih sikit), adik - adik semua dah balik dari office. UA pulak duduk kat meja makan, hahaha, makan pisang goreng by mama. Makan dalam 2,3 ketul saja, sebab teringat ada GDM, tiba-tiba air ketuban pecah. UA cepat - cepat berdiri dan tengok pada kaki, "eh darah...!" Wah! Satu rumah riuh. Nak bersalin dah!
UA cuba untuk tidak panik. Segera bergerak ke bilik tidur. Ambil semua barang untuk ke hospital. Buku pink memang dah ready, beg hospital memang dah ada dalam kereta, handphone dan semua yang dah disenaraikan. UA tertanya - tanya juga, baby nak keluar dah ke? Sebab due date jauh lagi. Sedang nak masuk kereta, mama dan adik2 semua panik. Hahaha. UA relax saja, sebab tak rasa sakit. Soalan lagi dalam kepada UA, kenapa tak sakit?
Dalam perjalanan ke hospital, UA hubungi hubby kat India. Terkejut dia. Belum lagi ni. Tapi baby nak keluar dah. Sampai hospital, masuk wad bersalin, nurse cakap, "kita check dulu ye. Belum tentu nak bersalin lagi". Saya iyakan saja. Mereka lebih berpengalaman.
Jadi, UA diminta tukar baju, pakai baju wad warna pink, hospital kerajaan tau, hospital ini memang pilihan UA, sebab UA tahu servis nya sangat bagus. Lepas tu, baring atas katil, dalam satu bilik dekat dengan dewan bersalin, nak check bukaan. Baru 2 cm. Tapi nurse tiba - tiba kata macam ni, "warna air ketuban ni dah warna hijau/coklat, maksudnya baby mungkin dah tertelan najis kat dalam perut. Mungkin kena c-sec ni"
Berdebar dah UA. Kena potong ke? Takutnya. Jadi dia pun buat satu benda yang UA tak terfikir. Shaving. Hahaha. Get ready.
Nurse tu kata macam ni sambil shave, "kot kot kena c-sec, saya shave bahagian atas jugak lah. Nanti senang tak payah nak buat dalam OT"
Segan pun ada tapi perasaan nak berjuang tu lebih tinggi dari perasaan segan tu. Abaikan saja.
UA ditempatkan di katil dekat dengan kaunter, untuk monitor degupan jantung baby. Degupan baby macam lemah. Kejap2 110, 120, naik 153, turun balik 110, berdebar saya. Semua ni berlaku dalam masa 1 jam juga, sebab teringat mama ada bersama, berbuka puasa di tepi katil UA. Sangat menyentuh perasaan. Tak tahu macam mana, tapi rupanya inilah perasaannya saat menanti kehadiran bayi.
Dalam jam 7, UA diusung masuk lagi ke dewan bersalin. Kali ini, nak induce. Aduh! Sakit giler!!!! Tak boleh nak bayangkan sakit tu macam mana. Mama pesan, bacalah selawat, istigfar, semoga dipermudahkan bersalin. UA baca lah juga zikir selawat istigfar semua tu tapi sakit amat. Tak mampu nak basahkan bibir dengan zikir semua, UA just , "sakit......urgh..." sangat tak Islamik nya saya. Sebut "sakit" lagi banyak dari zikir. Huhuhuhu.
Pastu check bukaan, alamak baru 3 cm. Dalam 7 setengah malam, doktor pakar O&G masuk. A lil explanation from nurses, dia datang pada UA dan dalam 5 saat, dia kata, "okay. kita potong saja. Baby distress"
Teringat perbualan doktor dengan jururawat,nurse: so doctor, what time to operate?doctor: 9pmnurse: 9.15 ok doctor?doctor: Oklah. 9.30.nurse: okay
Doktor tu orang Myanmar, jadi bahasa melayu nya kurang sikit. UA pun terkejut juga. Jauh ceruk kat hujung Sarawak ni, ada doktor pakar O&G, oversea pulak tu, sangat tak sangka. Maksudnya walaupun daerah UA ni di pedalaman, kerajaan negeri Sarawak sangat prihatin. Yang lagi tidak disangkakan, doktor ni kawan baik bapa UA.
Jadi, sehingga jam 9 malam, UA memang menahan sakit gara-gara ubat induce tadi. Bertahan sajalah. Masuk saja dewan bedah, wah! Hilang terus sakit. Kenapala ye. Tepat 9.30 tanpa kurang sesaat pun, UA sudah berada dalam dewan bedah. Entah siapa ada di sana, UA yang pada awalnya kepanasan dalam wad terus menggigil kesejukan. Aircond tu entah suhu berapa. Menggigil. Bercakap pun berlaga gigi atas dan bawah.
Semasa pembedahan berlansung, UA sedar molek saja. Dengar lah perbualan ahli dewan akan aktiviti yang mereka lakukan sebelum on-call. Bercerita tentang solat terawih, doktor tu, doktor ni, hehehe, kelakar. Tiba - tiba, tanpa sedar, beban pada perut UA terus hilang tatkala doktor menarik baby UA keluar. Keadaan dewan tiba - tiba meriah, seperti para petugas sedang bersorak gembira semasa doktor tarik baby keluar. Air mata UA mengalir perlahan sebaik saja mendengar tangisan perlahan bayi sambil UA berbisik perlahan menyebut "Alhamdullillah".
Doktor pakar tu datang dan tengok UA sambil berkata, "It's done. Everything is okay. I'll see you tomorrow". UA iyakan saja. Sebab tiba-tiba badan rasa penat sangat. Lenguh satu badan. Nurse lap badan pun UA biarkan saja. Selepas seketika seorang jururawat datang bersama baby
Nurse (dengan mask masih on): Nah tengok baby. Cuba teka baby apa?
Dia pun selak kain baby.
Nurse: Baby girl.
UA senyum saja. Tak tahu apa reaksi muka sendiri tapi hati UA benar-benar rasa bersyukur waktu tu sebab akhirnya, baby UA selamat dilahirkan, walaupun bukan secara normal. Macam UA kata, ia bukan mudah tapi tidak sukar. Alhamdullillah.
Maka bermula lah episod pertama, saat bermula, menjadi seorang ibu kepada bayi perempuan kami, Ayesha. Nama yang dipilih oleh kami berdua, suami isteri, sempena nama isteri nabi Muhammad. Semoga akhlaknya juga seperti saidatina Aisyah.In sha Allah.
Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment