Tajuk lagu: It Has To Be You
Penyanyi: Yesung (SuperJunior)
Apakah? UA suka betul dengan lagu ni. Sekarang pun tengah berkumandang di telinga UA. Lagu ni dalam bahasa Korea, teringat zaman USM dulu, memang gila KPOP. Entah gila yang mencanak tu sampai boleh tempah CD khas dari Korea Selatan, SuperJunior 3jib, waktu tu. wah wah wah! Punya duit tak seberapa, masih nak membeli mahal. Apalah sangat duit student zaman tu.
I do not own this. Credit to Youtube
Time mengandung ni, UA dapat kesan yang baby UA suka betul dengar lagu - lagu. Setiap kali UA dengar lagu, apa-apa pun, baby UA mesti gerak macam ribut dalam perut umi ni. Baby UA baru 5 bulan. Rindu nya perasaan ini kelak bila baby UA lahir nanti. Umi dan papa memang tak sabar menanti kehadiran putera sulong kami tapi tenang ya... kita ada masa 4 bulan lagi sebelum baby UA lahir.
Bukan nak bercerita sangat tentang lagu ni, tapi lebih ingin berkongsi sedikit pandangan dari segi sains dan UA berkaitan KPOP.
Apakah?
Hmm...
Aksi comel kpop memang tak boleh dipisahkan. Besarkan mata time amek selfie, buat pipi tembam, ala-ala lollipop, cenggini,
Ah. Siapakah? Cucuk - cucuk pipi. Biasa kan? UA pun amek gambar macam ni dulu. Entah mengarut apa da~~ Masih chommel kalau tengok banyak kali pun tapi, senangnya ia tersebar. Sebelum KPOP melanda, JPOP datang dulu. Tapi penangannya tak sehebat KPOP ni. Kenapa ye?
Inilah yang dinamakan gelombang.
Tahukah anda, menurut sains, gelombang itu membawa tenaga?
Tenaga yang dibawa oleh gelombang ini yang bergerak kepada kita. Dan tahukah anda yang gelombang juga dikenali sebagai "satu gangguan"?
Okay yang ni bukan sains yang cakap, UA yang cakap ye --> Pendapat UA, jika gelombang merupakan satu gangguan, ini bermakna gelombang membawa dua jenis gangguan. Gangguan baik dan gangguan jahat. Yeaha!!!
Contoh mudah. Bunyi. Macam lagu di atas. Lagu merupakan sejenis gelombang bunyi, betul tak? Ia akan menjadi gangguan yang baik sekiranya penerima isyarat gelombang menerima gelombang tanpa masalah: Tidak menjauhkan diri dari sumber bunyi, menerima bunyi tanpa mengerutkan dahi, tersenyum dan sewaktu dengannya. Pendek kata, yang menyenangkan hati anda. Namun kiranya ia gangguan yang jahat, apa pula akan berlaku? Of coz, vice versa. Antena penerima isyarat jadi terganggu sebegitu dahsyat, seolah - olah bencana alam berlaku: Menjauhkan diri dari bunyi, lari, mengurangkan volume radio, atau terus tukar channel. Ahha! Pendek kata, nang menyampah dengar lah!
Sebab tu, bila kita sedih, kita suka dengar lagu sayu, perlahan, ala - ala videoklip zaman dulu, termenung tepi tingkat mengenang nasib, sebab gelombang yang datang dari lagu itu ialah gangguan yang anda boleh terima: gelombang baik. Darah pun mengalir perlahan je dalam vein. Tapi bila kita inginkan semangat juang yang tinggi, nah! Pasang muzik kuat-kuat dalam kereta, kalau boleh biar berdentum satu taman dengar, darah dalam badan pun berderau je naik mencanak, sebab apa??? Sebab gelombang yang datang itu mempunyai tenaga yang tinggi. Adakah ini gangguan yang baik? Bagi orang yang menginginkan gelombang ini, ia akan menjadi gangguan yang baik buat mereka. Tetapi bagi mereka yang mendengar dengan perasaan irritate dengan keadaan ini, ini gangguan yang jahat buat mereka.
Jadi kesimpulannya, KPOP membawa gelombang yang mempunyai tenaga yang tinggi. Ia merupakan satu gangguan yang baik bagi kebanyakan penerima isyarat bunyi dan cahaya di Malaysia, kerana itu ia berjaya!!! Bukan semua ye. Ada juga yang mengamuk dengar KPOP. Sebab ia satu gangguan jahat bagi mereka pula. Hehehe.
Mungkinkah kita juga akan berjaya menyebarkan gelombang seperti ini?
Ummu Arman Nota
All images are credit to google.images
No comments:
Post a Comment