Monday, 18 April 2016

Projek 2016!

Wah! Kali terakhir post entry adalah pada Disember 2015??? Biar betul. Sekarang dah Aprol 2016. Mak aih! Ternyata dah terlalu lama berhabuk dah ummuarman ni. Okay, question. Why ummuarman?

Semasa UA awal mengandung dulu, doktor scan kata baby boy. Terus excited letak nama Arman, nama doktor yang operate UA dulu semasa di HUSM. adalah~~~ Pastu, dengan kuasa Allah, baby girl yang diciptakanNya. Alhamdullillah. Tapi tak mo dah tukar nama blog tu. UmmuArman pun okay what? Peace

Okay, projek 2016!

Banyak benda dalam kepala. Sangat tak tahu memilih.. Lumrah hati kan, suka banyak benda, tapi tak tahu mana yang penting. Tahun lepas, UA ada apply minta transfer balik Sarawak but rejected. Ha aih! Tak apa. Bukan rezeki. Jadi UA teruskan projek yang sekian lama terpendam dalam hati iaitu sambung sarjana dan beli rumah.

Sambung belajar: Master I datang!
Sangat teringin nak sambung belajar lagi. Rindu. Nak belajar. Nak exam. Nak masuk kuliah. Padahal sekarang pun buat benda yang sama, cumanya kita ni cikgu dewasa lah. Jaga exam. Study tuk mengajar student. Masuk kuliah untuk sesi pengajaran. Hujung 2009 dulu UA berjaya menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Radioterapi. Kuasa Allah, UA dapat kerja, yang sekarang ni lah, jadi UA tangguh pengajian yang baru nak masuk semester 2. Entah macam mana, pihak universiti menamatkan pengajian UA. Tak ada rezeki. Redha sajalah. Tapi setiap tahun UA mencari peluang untuk menyambung kembali sarjana, sampai sekarang tidak berjaya. 
Alih - alih minggu lepas KKM open untuk staf KKM yang ingin menyambung pelajaran peringkat sarjana dan Phd bergaji penuh. Maka berkobar kembali perasaan. UA cari lah mana-mana universiti yang terdekat dengan jadual yang tak berapa padat untuk memohon skim ni. Bukan senang tau. Tapi, orang kata, kalau bukan rezeki tu, makanan dalam mulut pun boleh keluar balik, memang bukan rezeki UA lah. Bergaji penuh, betul, tapi UA ada elaun wilayah yang mana, sekiranya mengambil apa-apa kursus melebihi 3 bulan, ia akan ditarik balik. Makan dengan itu, denan komitmen yang tinggi, UA mengundur diri. Tak apa, next time.


Beli rumah. Berusaha!
Mungkinkah? UA pun tak tahu akan berjaya ke tidak untuk membeli rumah waktu ni. Memang sedang survey-survey rumah subsale, sebab kalau rumah baru, UA tak mampu. Alkisah, petang semalam UA bersama-sama adik dan baby UA bertemu agen hartanah untuk melihat beberapa buah rumah, apartment saja, sekitar Damansara Damai. UA memang nak rumah area ni, memandangkan UA pun menyewa di kawasan ni, walaupun padat gila, jem nak mampus, tapi sebab dah selesa, UA nak juga property kawasan ni. Memang banyak awang hitam kah, awang putih ka, kelabu merah semua ada tapi dah serasi dah di sini.
Mula pergi area Permai, murah dan kecil, UA suka.Dekat dengan jalan keluar, McD dan shell, pasar malam, kedai-kedai,lengkaplah semua ada. Malangnya penyewa tak ada di rumah. Dengar pula anjing menyalak dari dalam. Aduhai! Terus UA bagitahu agen, minta maaf saya berubah fikiran. Terus agen suggest kawasan Saujana, atas bukit, comel juga. Tapi tak berjaya masuk dalam rumah sebab kunci dah tukar. Jadi tengok dari depan pintu sajalah. First floor, harga RM230k. Hmm~~~ okay.
Hari ni agen cadangkan untuk tengok apartment Bayu pula. First floor juga. Tapi harga, mak aih! RM250k! Deposit 10% + other fees, dalam RM33k katanya. Banyak jugak  tuh! Tapi tak apa,  kita tengok rezeki kita. Kalau Allah dah tetapkan itu, itu lah dia. Berdebar jugak ni. UA berharap sangat-sangat UA membuat keputusan yang tepat untuk membeli rumah pada tahun ni. 2016! In sya Allah


Walau apa pun projek kita pda tahun ni, semoga semua berjalan lancar. Setiap satu perkara yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Aja aja fighting!!!


Yang baik itu semua datang dari Allah, segala keburukan atas kelemhan saya sendiri.


UMMUARMAN

No comments:

Post a Comment