Tuesday, 19 April 2016

Nampaknya memang ramai yang tak takut makan duit haram.

Tajuk agak ganas. Sebab apa? Sebab memang ramai yang tak takut makan duit haram ni. Ambil dari akaun orang sikit... akaun yang seorang lagi sikit.. contohnya seorang satu sen. Cuba bayangkan yang menggunakan khidmat bangunan ini separuh dari penjawat awam, kata kan saja, 500 000 orang. Dah berapa dia dapat untuk sebulan? Hah! 500 000 sen la kan? Ke UA salah kira? So kalau 500 000 sen ni, berapa ringgit lah agak nya? Itu kalau 1 sen. Kalau 54 sen, yang macam kena dengan UA?


AL-KISAH
UA membuat bayaran balik pinjaman peribadi setiap bulan melalui satu badan yang amat dikenali melalui pemotongan gaji dan masuk dalam slip gaji UA. UA sangat percaya akan badan ini kerana ia telah lama digunakan oleh kerajaan untuk membantu kakitangan awam membayar balik pinjaman daripada bank secara teratur dan berjadual. UA tak perlu takut untuk terlepas membayar pinjaman tersebut setiap bulan. MALANGNYA...

Kepercayaan yang UA beri kepada mereka hancur begitu saja setelah UA mengetahui pihak tersebut tidak membayar wang yang dipotong dari gaji bulanan UA kepada pihak bank dengan nilai yang tepat. Setiap bulan pihak tersebut hanya membayar 1496.46 kepada pihak bank yang mana nilai sepatutnya ialah 1497, kurang 0.54, SETIAP BULAN!!! Padahal di dalam slip gaji pihak mereka potong sebanyak 1527 dan dengan GST 1528.99, hah yang ni pun musykil juga!. GST 6% saja kan? Sepatutnya menagement cuma 2% dari loan iaitu RM30 sebulan. Tapi setelah dicampur GST, 6% dari RM30 ialah RM1.80. Tetapi mereka mengambil sebanyak RM1.99. Apakah??? Dah lah bayar kat bank tak cukup RM0.54, lepas tu saja-saja tambah nilai yang bulan 6% dan mereka pun lewat memindahkan duit gaji tu kepada bank menyebabkan UA dikenakan cas di atas kelewatan pembayaran. Apa ni??? Terus nama UA tersenarai dalam CCRIS Macam mana ni? 

SAYA BERTINDAK!

No comments:

Post a Comment