Tuesday, 31 March 2015

Susu Untuk Wanita Hamil

Oh! Baby UA sedang bergolek di dalam. Aktifnya dia jam ni. Nanti tengah malam kang mesti dia bergolek - golek lagi. Comel sungguh. Umi tak nampak baby UA buat apa kat dalam, jadi umi teka... main kriket? Hehehe. Sebab papa suka kriket.

 
 
Baiklah, untuk post baru kali ini, UA nak bercerita mengenai susu berkhasiat untuk ibu hamil yang diambil UA. Semasa di awal kandungan, UA diperkenalkan dengan susu Anmum Materna dan Enfamama. Malagnya, ia tidak menepati tekak UA, lebih - lebih lagi UA memang sangat tak suka minum susu tepung berwarna putih. ah. Mengada~~~
 
 







Tapi oleh kerana memikirkan baby UA yang baru nak membesar, UA usaha juga cari susu yang UA boleh telan, at least baby UA dapat nutrisi penuh, memandangkan di awal kandungan UA memang mengalami alahan yang sangat teruk. Turun 5 kg tu~~~  Risau akan baby UA, UA pun drive Myvi putih ku ke kedai Az-Zain di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. UA suka kedai ni, sebab dia jual ayam organik, yang memang diyakini kehalalan nya. Cenggini bagus!!!

UA jumpa susu kambing Wildan, perisa coklat, kena la coklat, sebab kalau yang original flavor tu UA takut tak mampu nak telan. And guess what? Pergh!!! Memang hebat!

Walaupun dia tulis susu kambing dekat depan kotak nya, lansung tak rasa pun macam minum susu kambing. Gembira! Rasa susu tepung putih pun xde! Yeay! Akhirnya bertemu juga susu yang sesuai untuk UA!!! Juga bagus untuk baby UA.
 

UA minum selama dua bulan, sebelum susu tu habis minggu lepas. UA masih tak berkesempatan nak pergi Az-Zain lagi tapi semasa datang Az-Zain beberapa minggu sudah, diorang ada bagi free gift susu materna Natalicious, susu tepung putih. Oh tidak! Ragu sungguh hati, boleh ke tidak minum susu ni.

Tetapi disebabkan susu kambing Wildan dah kehabisan stok kat dapur, UA gagahkan saja hati membuka paket Natalicious, demi baby UA. Memang sangat susu. Tapi tahu tak??? Natalicious sangat sedap?! UA berjaya habiskan satu cawan susu Natalicious tanpa rasa mual! Sangat sedap! Ia memang susu, macam susu yang lain, tapi UA boleh telan dengan jayanya!!! Yeay! Jumpa satu lagi susu materna untuk UA. Dalam susu ni pun ada susu kambing, jadi, baguslah kan!
Meh nak share kat sini, gambar. Ambik kat google.images je.

Tengok apa kandungannya. Bagus!
 
Susu bernutrisi untuk ibu hamil diperkaya dengan rumusan terbaru daripada 12 jenis bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan SUNNAH - www.natalia.my
 
Bahan:
  • Susu kambing
  • Delima
  • Marin collagen
  • Alfafa klorofi
  • Manna
  • Vanilla
  • Pisang
  • Bayam
  • Kalsium
  • Susu rendah lemak
  • Kismis
  • Stevia
Bagusnya kandungan Natalicious ni! Senyum lebar UA. hihihi. Jangan risau ye, ini bukan iklan berbayar tau, ini pilihan UA, pihak Natalia tak tahu pun. UA nak berkongsi susu materna yang UA pilih. Susu kambing Wildan boleh. Susu Natalicious pun boleh. Apa pula pilihan bakal ibu ye?
 
 
Ummu Arman Nota
 
 
 
 
All images are credited to google.images
 
 
 

Hubungan di antara sains dan lagu Korea

Tajuk lagu: It Has To Be You
Penyanyi: Yesung (SuperJunior)

Apakah? UA suka betul dengan lagu ni. Sekarang pun tengah berkumandang di telinga UA. Lagu ni dalam bahasa Korea, teringat zaman USM dulu, memang gila KPOP. Entah gila yang mencanak tu sampai boleh tempah CD khas dari Korea Selatan, SuperJunior 3jib, waktu tu. wah wah wah! Punya duit tak seberapa, masih nak membeli mahal. Apalah sangat duit student zaman tu.

I do not own this. Credit to Youtube

Time mengandung ni, UA dapat kesan yang baby UA suka betul dengar lagu - lagu. Setiap kali UA dengar lagu, apa-apa pun, baby UA mesti gerak macam ribut dalam perut umi ni. Baby UA baru 5 bulan. Rindu nya perasaan ini kelak bila baby UA lahir nanti. Umi dan papa memang tak sabar menanti kehadiran putera sulong kami tapi tenang ya... kita ada masa 4 bulan lagi sebelum baby UA lahir. 

Bukan nak bercerita sangat tentang lagu ni, tapi lebih ingin berkongsi sedikit pandangan dari segi sains dan UA berkaitan KPOP.

Apakah?

Hmm...

 Aksi comel kpop memang tak boleh dipisahkan. Besarkan mata time amek selfie, buat pipi tembam, ala-ala lollipop, cenggini,
Ah. Siapakah? Cucuk - cucuk pipi. Biasa kan? UA pun amek gambar macam ni dulu. Entah mengarut apa da~~ Masih chommel kalau tengok banyak kali pun tapi, senangnya ia tersebar. Sebelum KPOP melanda, JPOP datang dulu. Tapi penangannya tak sehebat KPOP ni. Kenapa ye?
Inilah yang dinamakan gelombang.

Tahukah anda, menurut sains, gelombang itu membawa tenaga?

Tenaga yang dibawa oleh gelombang ini yang bergerak kepada kita. Dan tahukah anda yang gelombang juga dikenali sebagai "satu gangguan"?


Okay yang ni bukan sains yang cakap, UA yang cakap ye --> Pendapat UA, jika gelombang merupakan satu gangguan, ini bermakna gelombang membawa dua jenis gangguan. Gangguan baik dan gangguan jahat. Yeaha!!!

Contoh mudah. Bunyi. Macam lagu di atas. Lagu merupakan sejenis gelombang bunyi, betul tak? Ia akan menjadi gangguan yang baik sekiranya penerima isyarat gelombang menerima gelombang tanpa masalah: Tidak menjauhkan diri dari sumber bunyi, menerima bunyi tanpa mengerutkan dahi, tersenyum dan  sewaktu dengannya. Pendek kata, yang menyenangkan hati anda. Namun kiranya ia gangguan yang jahat, apa pula akan berlaku? Of coz, vice versa. Antena penerima isyarat jadi terganggu sebegitu dahsyat, seolah - olah bencana alam berlaku: Menjauhkan diri dari bunyi, lari, mengurangkan volume radio, atau terus tukar channel. Ahha! Pendek kata, nang menyampah dengar lah! 

Sebab tu, bila kita sedih, kita suka dengar lagu sayu, perlahan, ala - ala videoklip zaman dulu, termenung tepi tingkat mengenang nasib, sebab gelombang yang datang dari lagu itu ialah gangguan yang anda boleh terima: gelombang baik. Darah pun mengalir perlahan je dalam vein. Tapi bila kita inginkan semangat juang yang tinggi, nah! Pasang muzik kuat-kuat dalam kereta, kalau boleh biar berdentum satu taman dengar, darah dalam badan pun berderau je naik mencanak, sebab apa??? Sebab gelombang yang datang itu mempunyai tenaga yang tinggi. Adakah ini gangguan yang baik? Bagi orang yang menginginkan gelombang ini, ia akan menjadi gangguan yang baik buat mereka. Tetapi bagi mereka yang mendengar dengan perasaan irritate dengan keadaan ini, ini gangguan yang jahat buat mereka.

Jadi kesimpulannya, KPOP membawa gelombang yang mempunyai tenaga yang tinggi. Ia merupakan satu gangguan yang baik bagi kebanyakan penerima isyarat bunyi dan cahaya di Malaysia, kerana itu ia berjaya!!! Bukan semua ye. Ada juga yang mengamuk dengar KPOP. Sebab ia satu gangguan jahat bagi mereka pula. Hehehe. 

Mungkinkah kita juga akan berjaya menyebarkan gelombang seperti ini?


Ummu Arman Nota





All images are credit to google.images

Instagram: Nor

Instagram: ambil gambar, upload, share dan like, macam ini :x :x :x


credit dari google images tau

saya pun ada satu!

Instagram : Nor (mengisi masa lapang)

Tak ada yang menarik. Sekadar mengisi masa lapang. Masakan sendiri yang tak berapa nak sedap tu, kulit saya yang bermasalah, produk yang digunakan dan a lil bit D.I.Y. oklah. suka - suka je pun.peace!!!

ada yang suka melancong.
jadi kena la upload gambar dari dunia lain ke dalam instagram, sekadar berkongsi. yeah!







gambar: credit google images



selfie yang berlebih-lebihan
cr:google images

hihihi. semua ada pada instagram. tulis sikit je, ngantuk dah ni. dah jam 12.15am. WOW! okay tido! 


Jumpa lagi!!!



Ummu Arman Nota

Monday, 30 March 2015

Assalammualaikum

Assalammualaikum kepada semua,
Salam diberi pembuka kata. Journal baru, ummu Arman, semoga ia dapat mengisi masa yang terluang. Bukan apa, masih belajar memenuhi masa yang ada, sementara menanti kehadiran buah hati beta.Di sini, ummu Arman ingin berkongsi pendapat, pengalaman dan maklumat yang menarik, yalah, untuk mengisi masa. Daripada mengumpat orang, lebih baik terisi masa seperti ini, berkongsi idea dan maklumat. Sekurang-kurangnya, tersebar jua sesuatu yang baik: resepi saya, beauty tips saya, DIY saya, dan baby diary saya. Cukup untuk kali ini, bertemu di lain hari.

        Ummu Arman Nota