Hi there,
Lama nya tak post entry baru. Terlalu busy? Tak. Sebenarnya UA dah buat beberapa entry yang tak sempat nak edit dan post. So, hehehe... Jom, kita teruskan!
Hari ini, UA nak menambah sedikit maklumat mengenai langkah wajib sebelum kita memperoleh rumah subsale. Ada dalam satu entry UA berkenaan 4 Langkah Wajib Berbayar Sebelum Berjaya Mengeluarkan Simpanan KWSP Untuk Pembelian Rumah. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya ialah, bukan 4. Tetapi 5!!!
Apa langkah yang terakhir itu?
Selepas membayar Valuer dalam harga RM976, rupa - rupanya UA kena berjumpa pula dengan peguam dari pihak bank. Wah!!!! Makanya, fee terakhir sebelum semuanya betul - betul berjalan lancar. Untuk pihak bank, UA membayar dalam RM4+++, UA tak ingat berapa tapi kurang beberapa ringgit dari RM5000.
Kesimpulannya, jumlah keseluruhan yang telah dikeluarkan ialah RM16676 + RM4+++ = RM20+++
Bersedialah semua!!!!!
Rasa menyesal pun ada tapi kalau tak beli sekarang, bila lagi?
UA
No comments:
Post a Comment