Friday, 10 March 2017

Struggling With Acne

Hello there,

UA sentiasa ada masalah dengan jerawat. Tak pernah berhenti pun masalah ni. Dah tua dah pun, masih ada masalah yang sama. Cuma semasa mengandung, ia tidak wujud pun. Masalah hormon?
credit: google images


Mungkin UA kena cari penyelesaian yang banyak untuk masalah wanita ni. Tapi rasanya ini bukan masalah wanita sahaja, lelaki pun ada juga struggling with acne.

Jadi apa yang UA sedang lakukan sekarang?

Buangkan semua bahan kimia!

Sekarang ni tau tak UA tak pakai sabun pun nak cuci muka dah sekarang? Pakai sabun mandi je. Opps! Sangat tak sesuai. Tapi sabun mandi I bukan sabun mandi yang khas untuk badan. UA guna sabun hijau ni.


credit: google images



ni sabun mandi yang UA guna. Dan pada masa yang sama, pakai juga untuk muka. Kalau tak pakai sabun ni, UA akan gosok saja muka dengan kain cotton. Atau pun UA akan cuci muka baking soda.

credit: google images
pelik - pelik lah.

tapi memandangnya UA memang suka berguru dengan Youtuber, jadi ini salah satu hasil pembelajaran yang UA dapat dari mereka. I kinda like it. 

Tapi jerawat memang ada lah, cuma kalau pakai yang ni, UA tak rasa bersalah sangat pada kulit, sebab kalau guna pencuci muka biasa pun, sama juga hasilnya. Ada yang kata kalau guna baking soda sebagai pencuci muka akan menjejaskan pH muka, tapi... biarlah! Baking soda ni base. Muka yang berjerawat adalah asid. So, kalau asid bertemu base akan jadi apa? Hahahaha, Neutral lah kot eh.

Ini cuma pendapat peribadi UA saja. Bukan bermaksud ia betul. Perlu kajian yang lebih lanjut sekiranya anda berminat untuk mencuba.


ummuarman

Monday, 6 March 2017

New Blog: Science Move Further

Hi there,

UA nak perkenalkan blog terbaru UA. Tapi ia lebih menjurus kepada pembelajaran dalam Sains: Physics & Mathematics.


Blog ini fokus kepada teknik dalam penukaran unit untuk kuantiti asas Fizik untuk imbuhan yang berbeza dengan cara yang mudah dan menjimatkan masa.

Jangan risau, percuma saja. 

Siapa yang sesuai untuk guna teknik ni? 

Pelajar yang terlibat dalam pengiraan pertukaran unit (prefix)
Pengajar yang terlibat dalam pengiraan pertukaran unit (prefix) 
Golongan professional yang terlibat dalam pengiraan petukaran unit (prefix)


Contoh:

Kita tahu 1 meter bersamaan 100 cm 

kita tahu juga 1 kilometer bersamaan dengan 1000 meter

tapi untuk level yang lebih tinggi, soalan tak tanya 5 cm bersamaan berapa mm.

soalan selalu tanya kalau 5.43 kali 10 kuasa negatif dua km kuasa dua, tukar kepada nanometer kuasa dua, boleh? jawab dalam 10 saat.


tut~~~~~~~~


biasa dalam kelas kita kena ajar samada darab atau bahagi. pastu konfius kena darab ke bahagi, kuasa macam mana? atau pun kena ajar buat dalam bentuk pecahan, pastu potong potong mana yang patut.

hhhmmm~~~~~~~~~


lama juga nak fikir. yang guna calculator pun ada. tapi prefix tak banyak.


sebab tu Teori Alifah dicipta!!!! jeng jeng jeng~~~~



TEORI ALIFAH: SCIENCE, MOVE FURTHER!!!

Sunday, 5 March 2017

Langkah Berbayar Terakhir Sebelum Berjaya Mengeluarkan Simpanan KWSP Untuk Pembelian Rumah

Hi there,

Lama nya tak post entry baru. Terlalu busy? Tak. Sebenarnya UA dah buat beberapa entry yang tak sempat nak edit dan post. So, hehehe... Jom, kita teruskan!

Hari ini, UA nak menambah sedikit maklumat mengenai langkah wajib sebelum kita memperoleh rumah subsale. Ada dalam satu entry UA berkenaan 4 Langkah Wajib Berbayar Sebelum Berjaya Mengeluarkan Simpanan KWSP Untuk Pembelian Rumah. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya ialah, bukan 4. Tetapi 5!!!

Apa langkah yang terakhir itu?

Selepas membayar Valuer dalam harga RM976, rupa - rupanya UA kena berjumpa pula dengan peguam dari pihak bank. Wah!!!! Makanya, fee terakhir sebelum semuanya betul - betul berjalan lancar. Untuk pihak bank, UA membayar dalam RM4+++, UA tak ingat berapa tapi kurang beberapa ringgit dari RM5000. 

Kesimpulannya, jumlah keseluruhan yang telah dikeluarkan ialah RM16676 + RM4+++ = RM20+++


Bersedialah semua!!!!!

Rasa menyesal pun ada tapi kalau tak beli sekarang, bila lagi?



UA

Friday, 3 March 2017

Sugar Waxing Gone Wrong

tidak!!! Kaki I melecur. Nangis T_T Apakah?

Tadi UA cuba nak buat sugar waxing sebab nampak mudah. Iyelah! Gula + lemon sikit + air sikit = panaskan. Senang kan? Jadi, proces nak buat memang mudah, ikut saja dalam YOUTUBE, semua ada.

So, this is wanita. Semua nak hairless. Memang betul, beauty is pain. Tapi memang pain sungguh2. Kalau beli wax biasa tu, tak ada pun sakit macam ni. Ingatkan sakit sebab panas. Rupanya lepas setengah jam, UA check kaki semula sebab still sakit, melecur kut! Kulit mengelumbung. Merah-merah. Memang sama macam orang melecur terkena air panas.

Jadi masalah bermula selepas api ditutup dan UA nak apply pada kaki. Youtuber pesan, tunggu sehingga ia kurang panas tapi jangan terlalu sejuk sebab nanti keras. Jadi, mungkin nasihat yang diberikan memang tepat cuma cara UA mengadaptasikan nasihat itu dengan cara yang salah. Uuuu~~~~~ SUkar untuk menentukan samada ia benar - benar dah suam ke tidak.

Dan akhirnya...

Letak sikit saja sugar pada pergelangan kaki and walla!!! PANAS!!!! Terus ambil kain dan buang segala gula yang panas itu dari kaki, cuci dengan air sejuk, hah! Merah kulit. Dan kesannya ingatkan di situ saja, tahu tak sampai sekarang, scar disebabkan sugar wax itu masih ada lagi. Jelas lokasinya.

Kesimpulannya,

D.I.Y memang bagus. TETAPI, sila berhati - hati. Ada perkara yang boleh kita cuba, ada perkara yang seelok-eloknya diserahkan saja pada yang pakar. Pendapat UA saja.


UA