UA sentiasa ada masalah dengan jerawat. Tak pernah berhenti pun masalah ni. Dah tua dah pun, masih ada masalah yang sama. Cuma semasa mengandung, ia tidak wujud pun. Masalah hormon?
credit: google images |
Mungkin UA kena cari penyelesaian yang banyak untuk masalah wanita ni. Tapi rasanya ini bukan masalah wanita sahaja, lelaki pun ada juga struggling with acne.
Jadi apa yang UA sedang lakukan sekarang?
Buangkan semua bahan kimia!
Sekarang ni tau tak UA tak pakai sabun pun nak cuci muka dah sekarang? Pakai sabun mandi je. Opps! Sangat tak sesuai. Tapi sabun mandi I bukan sabun mandi yang khas untuk badan. UA guna sabun hijau ni.
credit: google images |
ni sabun mandi yang UA guna. Dan pada masa yang sama, pakai juga untuk muka. Kalau tak pakai sabun ni, UA akan gosok saja muka dengan kain cotton. Atau pun UA akan cuci muka baking soda.
credit: google images |
tapi memandangnya UA memang suka berguru dengan Youtuber, jadi ini salah satu hasil pembelajaran yang UA dapat dari mereka. I kinda like it.
Tapi jerawat memang ada lah, cuma kalau pakai yang ni, UA tak rasa bersalah sangat pada kulit, sebab kalau guna pencuci muka biasa pun, sama juga hasilnya. Ada yang kata kalau guna baking soda sebagai pencuci muka akan menjejaskan pH muka, tapi... biarlah! Baking soda ni base. Muka yang berjerawat adalah asid. So, kalau asid bertemu base akan jadi apa? Hahahaha, Neutral lah kot eh.
Ini cuma pendapat peribadi UA saja. Bukan bermaksud ia betul. Perlu kajian yang lebih lanjut sekiranya anda berminat untuk mencuba.
ummuarman