Buying a house? yeah! UA ada tulis dalam entry yang lepas mengenai pembelian rumah sub-sale. Tapi sebelum membeli rumah, UA buat study dulu tentang semua hal yang melibatkan duit, ohh of course, sebab nak kira budget nak save macam mana kan.
Seperti entry yang yang lepas, UA ada maklum kan tentang 10% deposit dari harga rumah dan beberapa extra payment yang melibatkan lawyer, valuer kan. Meh UA buat sejelas-jelas nya mengenai hal ini. Sebab apa? Sebab UA dah kena. Baca blog hartanah, blog orang beli rumah, bla bla bla, tapi diorang tak mention even once BERAPA extra tu. Semua cerita prosedur itu ini bla bla bla, UA jadi geram tau. Benda yang paling detail ditinggalkan padahal itulah yang membawa kepada asas yang kukuh. Grrrrr~~~
Harga rumah: RM238000
1st: Dah tengok rumah. Agak-agak setuju, sign booking form. Sila sediakan siap-siap 3% dari harga rumah.
3% from 238000 = 7140
Done. (kes ini: guna duit EPF bayar baki 7%)
Selepas sign booking, masa untuk apply loan. UA guna agent, jadi diorang buat semua. Sila bagi semua yang dikehendaki. Macam biasa slip gaji 3 bulan, akaun simpanan 6 bulan, IC, ASB statement, EPF apa lagi?
Nota penting: Kalau ada simpanan tu, pastikan simpanan tu RM3000 ke atas untuk selamat.
Juga, kalau ada potongan loan terdahulu, pastikan tiada CCRIS atau CTOS. CCRIS ni lah yang menyebabkan loan kita susah nak approve, CTOS pun sama.
CCRIS = bayar loan bulan-bulan tak cantik. Maksudnya, kejap bayar penuh, kejap bayar tak penuh, kejap bayar lewat, kena penalti. oh tidak sama sekali. Kalau ada CCRIS, sila sediakan satu lagi statement bank yang isi duitnya kena lebih dari RM3000 atau RM5000. Kalau duit memang tajk banyak dalam bank, pinjam sat dari parent ke, spouse ke, masuk dalam akaun, pastu ambil statement, bagi kat agent, habis tu je pulang balik duit pinjam tu. Duit tu macam nak cover kita ni ada duit banyak je, bukan nak guna pun. OK. Settle.
CTOS=senang cakap blacklist. kalau salah, sila betulkan.
2nd: Berjaya dapat loan. Sign loan. Semasa sign loan ni, dia akan terangkan tentang insurans MRTA dan MLTA. Menurut kefahaman saya, MRTA ni macam insuran kereta. Setiap tahun reduce, nak cover rumah tu kalau berlaku apa-apa. insuran ni dalam 10 tahun saja. dan ia termasuk dalam loan rumah tu.kita tak yah bayar.
MLTA ni pulak, macam insuran nyawa untuk orang yang beli rumah tu. ala ala takaful. kita akan stop bayar once kita habis bayar rumah kita jugak. yang bagusnya insuran ni, habis je bayar rumah, kita dapat duit ni balik. macam saving pun iya.yeaha!!! tapi sila study lebih lanjut akan MLTA ni ya.
ok. bayar insurance ni pulak, pas sign tu, terus kena bayar dah. pas sign loan tu. Ok total dia = 2260
3rd: Berjaya step 2nd. MOve on to step 3. Sign S&P. Sila beringat jugak. Ada lawyer fees tau. Mula-mula deposit RM300 before dia buat perjanjian tu. Semasa sign perjanjian, bayar balance pulak iaitu RM6000, jadi total RM6300. Fuhh!!!!
Dah berapa duit keluar tu? Meh kira sat: 7140 + 2260 + 6300 = 15700
Hah! Ini belum bayar baki 7% lagi. Ingat iya. Duit di atas adalah duit simpanan sendiri, bukan KWSP! (Niat di hati nak guna duit KWSP tuk semua ni tapi malangnya selagi semua benda di atas tak buat, kita tak dapat keluarkan KWSP lagi. Sedih T.T Patutlah orang takut nak beli rumah kalau tak ada cash dalam tangan.
4th: Tak abis lagi. Valuer pula datang. Nak tengok nilai rumah tu, berbaloi tak. Aduhai. Macam - macam sungguh. Yang ni pulak quotation almost RM1k iaitu RM976
ok, sila tambah lagi: 15700 + 976 = 16676
Wahhh!!!!! Itu yang last step. Lepas ni kalau nak bayar lagi, tak tahu lah saya. Memang kurus kering tak makan lah dibuatnya.
Pastu tunggulah lawyer buat kerja, bank buat kerja, dalam 3+1 bulan. Tapi! Tapi kalau tuan rumah tu tak ada strata title lagi, sila bersabar iya. Mungkin akan makan masa lebih lebih lebih lama dari duration di atas. Lama tu berapa lama? 6 bulan? 9 bulan? 12 bulan? Ambil lah yang paling panjang sekali. 12 bulan. Redha sajalah.
jap. jap. berapa pula baki yang nak kena bayar 7% tu???
balance = 16660 <-- ini lah yang nak guna KWSP tu. aduhai~~~~
amboi. balance 7% tu hampir sama dengan jumlah fees kita bayar semua2 tu. aduhai. Kalau ikut simpanan KWSP, patutnya UA tak perlu nak berlari ke sana sini mencari duit, meminjam duit untuk membayar semuanya. Tapi apakan daya, prosedur nak keluarkan duit KWSP, mesti ada loan approval+s&p agreement dan tukar nama rumah pada kita. sikit je bendanya tapi ketiga-tiganya itu ada nilai untuk dibayar.
Jadi, baiklah. Bakal pembeli rumah :) Selamat membeli. Tapi yang ni tuk rumah subsale je. Kalau rumah baru direct dengan pemaju, tak susah gini la kot. Cumanya kena tunggu rumah siap je lah. Tak apa, setiap orang ada rezeki masing-masing.
UmmuArman
No comments:
Post a Comment