Tuesday, 24 May 2016

Projek 2016: Nombor 2 Berjaya!

Sepatutnya UA ada dua projek tuk tahun ni. Satu: sambung belajar. Dua: Beli rumah. Tapi kita hanya merancangkan, Allah yang bagi keputusan. Projek pertama UA tak berjaya. Mula-mula dah isi dah borang untuk sambung master dalam website UPM. Tinggal nak bayar saja lagi. Tapi entah macam mana, beberapa kriteria dari pekeliling tidak menyebelahi UA, jadi terpaksa batalkan permohonan. Jadi, projek pertama: BATAL

Projek kedua: BERJAYA! Alhamdullillah, UA berjaya 'menangkap' sebuah apartment, kecil saja saiznya, tapi UA sangat berpuas hati. Dengan harga RM238000, first floor, area Damansara Damai, memang memang ini kawasan jem roti setiap pagi ke petang tapi UA memang nak kawasan ni. Dekat dengan tempat kerja dan dah memang selesa di sini. Gembira :) Masa mula-mula nak beli, UA tanya parents, diorang malu tak kalau UA beli rumah kecil saja? Diorang kata apa, buat apa malu, at least ada rumah dah, tak payah takut nak kena cari rumah sewa lain kalau tuan rumah nak semula rumah diorang. UA fikir, betul juga. Nak malu dah kenapa. Itu saja kemampuan sendiri. Sila jangan tamak.

Tapi, tak senang juga ye proses membeli rumah yang subsale ni. Memang kata nya nak 10% deposit, 90% lagi pinjam bank. TETAPI, bukan 10% lah ye. Memang kat tangan kena ada extra lagi at least 5% untuk bayaran yang tidak termasuk dalam pembelian rumah. Nanti UA update total semua sebab sekarang ni, rushing kena buka buku bank. UOB luluskan loan UA :)

Alhamdullillah :)