Okay. Sekalian. Rupanya, susah juga nak pilih baby carrier ni ye. Pening nya lah kepala. Memang UA dah survey, dah google, dah study dah jenis carrier apa yang kena beli. Tak jalan jugak. UA 'terbeli' carrier yang bukan jenis knee-to-knee tu. Huhuhuhu. Stressss
Officemate pesan, kalau nak beli baby carrier, sila beli jenis ssc or mei tai, bukan jenis crotc, yang kaki terjuntai ke bawah nu. UA beli jenama Tobby. Huhuhu. Patutlah Ayesha asyik merengek je duduk dalam tu. Tak selesa rupanya. Kalau duduk dalam tu, dalam setengah jam dah, mula la gosok-gosok muka kat tudung UA, merengek nak keluar. Maka dengan ini, UA sedang merancang nak beli yang baru, sebab hujung minggu ni, UA nak balik Sarawak. Balik ngan baby je, jadi UA menjangkakan perlunya bantuan tambahan dalam mengendong baby dan luggages.
Jadi, setelah mengambil kira kos, tahap keselamatan dan design, UA memilih untuk membeli baby carrier BOBITA gen 2. Harga nya dalam RM259 lengkap satu set (without yang tuk gigit2 tu). UA rasa mcam bersyukur sangat-sangat sebab Allah berikan idea tuk UA tuk beli baby carrier yang baru. Baby UA nak kata gembira tu, taklah sampai seronok gile duduk dalam tu, but at least dia tak meragam macam dia pakai Tobby. Saiz pun muat-muat dengan dia, tahap kepanasan baby tu, UA tak sure tapi dia boleh je duduk dalam tu sampai 2 jam. That's mean, baguslah kan? Sebab kalau Tobby, setengah jam mesti dah keluar. Okay. UA beli set yang ni, set 2.
Tapi jangan lah berkompromi tuk keselamatan anak. Jadi pemilihan baby carrier yang bagus dengan harga yang sesuai, just go for it. Mahal ke murah ke, asalkan ciri-ciri baby carrier yang bagus itu ada, tiada masalah.
Wallahualam.
ummuarman